Tuesday, August 22, 2023

Doa yang Bagus untuk Wanita

       

                    DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA


Sebagai umat Islam doa adalah senjata . Kenapa saya kata doa adalah senjata bagi kita wanita atau sesiapa pun jua dalam dunia ini.? Kita adalah manusia yang lemah dan sentiasa memerlukan bantuan. Kita juga sering menghadapi pelbagai kesulitan dan masalah . Pelbagai ujian  dan dugaan dihadapi . Kita kekadang terpaksa menghadapi kepayahan hidup , dirundung malang , kepahitan kehidupan dan sebagainya. Kita tidak boleh lari dari masalah.

Macam mana susah sekali pun kepayahan dan musibah yang kita hadapi kita diberi jalan keluar dengan berdoa.  Allah suruh kita berdoa pada NYA. Allah suka kita meminta tolong atau berdoa pada NYA. 

Jangan kita sesekali meminta tolong dari benda benda lain dari Allah.

Allah Maha Pengampun Lagi Amat Penyayang. Yakin  lah dengan pertolongan Allah disisi kita semua masalah selesai..

disini saya akan focus pada Wanita untuk mengamal beberapa doa untuk kesejahteraan kehidupannya.

Bagi seorang wanita terutama jika ianya seorang suri rumah dan ibu pada beberapa orang anak, sudah tentu pelbagai masalah harian  harus dihadapi. Segala dugaan dan musibah yang berlaku adalah ujian dari Allah. Kekadang Allah uji kita kerana Dia sayang pada kita. Dia uji kita kerana hendak beri kekuatan atau kesedaran pada kita.

Wanita yang kuat dan sentiasa sabar dapat menangani musibah dengan baik. Doa menjadi senjatanya. Pelbagai Doa dan zikir sentiasa dibibirnya. Antara doa- doa menjadi amalannya baik adalah.

Amalan yang dianjurkan oleh Allahyarham Sheikh Ali Jabar

1) Baca  QulhuAllah 10x setiap hari

2) Baca AlMulk sebelum tidur

3) Sedekah subuh hari-hari

4) Baca ayat kursi lepas solat

5) Selawat pada hari jumaat melebihi zikir-zikir lain.

Ini adalah antara amalan baik harus diamalkan agar kita sentiasa tenang dalam kehidupan seharian.  

Antara doa - doa harian yang boleh saya share disini yang boleh diamalkan oleh kaum wanita untuk mendapat keredhoan dan kasih sayang Allah..


Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang

Ya ALLAH Alhamdulillah dipagi hari ini aku bersyukur kepadaMu atas segala Rahmat dan nikmat dariMu yang tak terhitung banyaknya.

Ya Allah terima kasih atas perhatianMu serta kasih sayangMu terhadap kami sekeluarga sejak dulu, kini dan selamanya.

Ya Allah Hidayah  milikMu jua dan Engkau pilih sesiapa pun juga untuk diberi hidayah agar menjadi insan mulia disisimu.

Ya Allah Engkau rezekikan pada kami agar tergolong dalam kalangan ummat Nabi Muhammad  SAW yang mulia di sisiMU.

Ya Allah peliharalah kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa sihat sejahtera , aman bahagia selamanya.

Ya Allah Ya Ghaffar ampunlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami , pasangan hidup kami,  dosa anak -anak kami , kaum kerabat kami dan dosa semua ummat Nabi Muhammmad S.A.W. 

Ya Rahman Ya Rahim luas lah rezeki  kami dan lindungi kami dari segala musibah dan kecelakaan. 


Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.


Segala puji pujian hanya untukMu ya Allah


رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ


رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

 

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ


Doa yang Bagus untuk Wanita, bolehla anda amalkan. 



#nextlevelblogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

No comments: