TIPS TRAVEL YANG PERLU ANDA TAHU
Travel atau melancong bila disebut saja semua orang akan meloncat kegembiraan . Everybody likes to travel. Bohong lah jika ada orang kata dia tak suka berjalan- jalan sama ada di dalam negeri atau pun ke luar negara.
Apa pun jika nak melancong pasti ada faktor yang perlu diambil kira sebelum anda melancong dimana saja. Rancangan yang baik dan tersusun pasti membuat perjalanan anda ke destinasi yang dituju itu selamat ,dan lebih menarik dan meyakinkan.
Melancong memberi anda pengalaman baru . Lebih banyak berjalan banyak pengalaman yang akan diperolehi.
Melancong pada kali pertama terutama jika destinasi anda ke luar negara, anda sering membuat kesilapan. Itu adalah normal . Satu kebiasaan pada semua orang.
Pelbagai kesalahan dibuat bila pertama kali melancung. Ini termasuk ketinggalan flight or bus, beg tercicir, pasport tertinggal dan pelbagai lagi kerenah yang tak terduga. Ini kekadang disebabkan kita terlalu over excited, perasaan tak menentu, terlalu looking forward to reach the destination.
Apa pun jika anda rancang dan plan betul-betul , perjalanan anda akan jadi lebih sempurna dan menyakinkan.
PERSEDIAN UNTUK MELANCONG :
1. Terlebih dahulu anda pasti tahu arah tuju anda, ke luar negara atau dalam negara??. Dengan siapa nak pergi, dengan kawan atau keluarga atau nak mengembara seorang diri. Berapa orang dalam kumpulan dan sebagainya.
Buat kajian terperinci terhadap destinasi anda. Kajian termasuk keadaan cuaca, undang-undang negara tersebut, kos sara hidup dan mata wangnya serta serba sikit tentang budaya dan gaya hidup masyarakat setempat.
Tindakan begini untuk memudahkan anda menyusuaikan diri anda di negara orang.
2. Pasti ada mempunyai wang yang cukup untuk mencapai impian anda. jika anda rancang keluar negara , itu pasti akan melibatkan perbelanjaan yang besar. Jika kewangan ada tak jadi hal.
3. Set tarikh dan jumlah hari perjalanan anda.
4. Check flight. Bila anda sudah membuat keputusan mana nak melancung , dengan siapa nak pergi dan tarikhnya pun sudah pasti, anda perlu book flight secepat munkin. Anda boleh cari dari travel agent, booking pakage atau rancang sendiri.
RANCANGANAN AWAL SANGAT BAIK
Perbelanjaan Flight atau hotel tak perlu bayar lebih bila anda boleh dapat harga murah jika anda buat tempahan awal..
5. Penginapan - ini perlu juga buat booking awal, terutama jika anda melancung berkumpulan atau bersama keluarga. Elakkan hotel -hotel mahal. Berbelanja untuk meraih pengalaman ditempat orang tapi bukan untuk tidur. Melancung adalah mahal, tapi tak semestinya. Anda boleh saja cari penginapan yang selesa seperti budget- friendly hotel atau home stay.
6. Tulis hotel address dan telipon nomber : Sebelum berangkat pastikan nama hotel dan telipon nomber tempat penginapan anda dicatit dalam rekod anda untuk dishare dengan keluarga atau kawan-kawan bertujuan jika terjadi kecemasan.
7. Bawa wang tunai yang mengcukupi dan Credit/ debit Card. kena sentiasa beringat bila kita melancung atau berjalan-jalan ke tempat-tempat asing.
Adalah baik jika anda sentiasa bersedia menghadapi dengan situasi yang tidak disangka - sangka. Apa saja boleh berlaku secara tak terduga. Bila situasi buruk berlaku anda dah bersedia .
8. Beri tahu pihak bank kemana anda akan melancung. Beri tarikh perjalanan anda. Ini amat penting sebab kekadang anda tidak dapat keluarkan wang melalui credit /debit card kecuali pihak bank anda membenarkan.
9. Dapatkan immunisasi/ vaccination :- Setengah negara punyai travel polisi yang ketat. Mereka yang tanpa vasination tidak dibenarkan masuk ke negara tersebut . Alasannya ialah menghindar dari penyakit merebak dari satu negara ke negara lain.
Walaupun tidak menjadi kewajipan untuk anda mendapat vaksin untuk masuk kesebuah negara lain, adalah bagusnya jika anda secara sukarela mengambil vaksin untuk mengelak jangkitan demi kesihatan anda dinegara luar.
PACKING TIPS SEBELUM BERANGKAT
1. Pastikan anda punya pasport dan pasport itu valid tarikhnya dan jika anda menuju ke negara yang perlu VISA, maka tak boleh dielakan anda perlu ambil Visa nya terlebih dahulu. Tanpa visa anda tak dibenarkan masuk ke negara tersebut.
2. Bila melancung pack barang seminima munkin, jangan bawa barang tak perlu hingga boleh menyulitkan pergerakan anda. Bawa sepasang kasut yang anda selesa pakai dan pakaian yang tak perlu digosok.
3. Jika anda on medication, ini yang paling penting dan utama adalah masuk vitamin/ubat dalam beg anda. Ubat tak boleh lupa tak bawa sebab ubat-ubatan adalah mahal dinegara luar dan sukar pulak untuk diperolehi. Segala ubat yang anda perlu , anda kena bawa tak kira anda travel seorang atau dalam kumpulan. Kesihatan anda amat penting bila travelling.
first aid kid - perlu ada dan dibawa bersama. kesihatan anda tanggung jawab anda.
4. Tanda Luggage dan tulis nama dan maklumat contact atas beg.
Ambil gambar luggage dan pakaian. ini adalah tindakan hati-hati dan beringat-ingat jika sesuatu yang tidak diduga berlaku.
Jangan lupa bawa kamera, battery charger dan handphone serta pastikan anda ada power bank.
Bila semua dah terancang, bila tiba tarikh dan harinya untuk berangkat, pastikan anda sampai di Airport 4 jam awal dari waktu flight anda.
TIPS TRAVEL DAH DIBERI MAKA.... ANDA BOLEH MELANCONG DENGAN SELESA DAN SELAMAT.
# shakleeThrive2023
# shakleeTriumph2023
#PengedarShakleePutrajaya
#Shakleereadystok
No comments:
Post a Comment