Friday, June 23, 2023

Amalan Gaya Hidup Sihat

 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT ;


Gaya hidup sihat ditakrifkan sebagai amalan tabiat yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dari segi fizikal dan mental serta meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Gaya hidup sihat juga bukan berpusat pada tubuh badan sahaja. Malah persekitaran alam sekeliling kita juga bertanggungjawab untuk memastikan kita hidup sihat.

Zaman sekarang ramai orang dah mula sedar betapanya kesihatan itu amat penting dalam hidup. Tak guna jika ada duit segunung pun jika kehidupan dipenuhi dengan pelbagai gejala penyakit. Jika badan tak sihat , makan  pun kena berpantang malah nak berjalan - jalan makan angin pun tak mampu.

Untuk hidup sihat, kesihatan perlu dijaga lebih awal atau dengan kata lain ketika keadaan kita masih sihat. Kesihatan perlu dijaga semasa badan masih sihat walafiat bukan sudah sakit baru nak jaga.

Bagaimana nak jaga supaya badan sentiasa sihat? Jawapannya kita perlu ada satu tabiat Amalan Gaya Hidup Sihat. 

Amalan Gaya Hidup Sihat memerlukan pengetahuan serta kekuatan disiplin yang tinggi. Semua penyakit berpunca dari perut . Jadi kita bermula jaga kesihatn kita dengan menjaga pemakanan /diet  serta alam sekeliling kita. Justru itu gaya hidup sihat menurut WHO ( World Health Organization ) ialah  keadaan fizikal , minda dan sosial yang sihat. seterusnya, cergas dan bebas dari gejala penyakit.


KEPERLUAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

untuk sentiasa sihat beberapa syarat perlu diikuti.


1.    Amalkan pemakanan / diet yang sihat. 

makanan yang sihat adalah makanan yang tidak mengandungi terlalu banyak gula atau garam serta pewarna , pengawet serta perasa. lebih banyak makan sayuran , buah buahan  dan kurangkan makanan berdaging  seperti ayam.  Ikut pola pemakanan yang betul.



2.  Melakukan pemeriksaan kesihtan berkala;

Pemerisaan kesihatan perlu diadakan 3-6 bulan sekali bergantung pada tahap kesihatan anda. pemeriksaan ini sangat penting supaya anda sentiasa peka dan berhati hati dengan kesihatan anda.


3. Memastikan persekitaran yang bersih.

tempat tinggal dan persekitaran yang anda diami pastikan sentiasa bersih. Luangkan masa untuk mencuci dan membersih sampah sarap yang ada disekeliling kawasan anda. Kawasan yang bersih menghasil udara yang bersih.


4. Riadah / Senaman

Antra contoh aktiviti senaman yang boleh  diamalkan  adalah  berlari, berjogging , berjalan, lompat tali, dan berbasikal. Senaman tak lah perlu dilakukan setiap hari,  memadai jika dilakukan 3 kali seminggu selama 15- 30 minit pada setiap sesi.

Senaman berterusan dan pada masa yang sama, mengamalkan diet yg seimbang  dapat mengawal  masalah berat badan yang bermasalah.  Dengan melakukan aktiviti senaman dapat membendung  gejala   penyakit  seperti  jantung dan diabetes. Senaman membuat badan cergas serta membentuk badan menjadi langsing dan cantik.

elakan membeban diri dengan work load yang banyak hingga anda tidak ada masa untuk berihat. Jika anda membiarkan diri anda sentiasa tak cukup rehat , ini lambat alaung akan memudaratkan kesihatan anda serta mengundangkan pelbahai penyakit.


5. Berhenti merokok

jika anda merokok , anda harus berhenti sebab merokok memang tidak menjamin paru-paru dan jantung anda sihat. anda bukan saja menjejas kesihatan anda tapi juga menjejas kesihatan orang tersayang disekeliling anda.


6. Kawal Stress dengan baik.

Stress adalah salah satu faktor yang boleh membuat sesaorang jadi sakit, gila atau sampai membunuh diri jika tidak dapat mengawal diri. Stress juga ada kaitan dengan Rehat yang cukup. jika anda dapat rihat yang cukup anda pasti dapat mengawal Stress dengan sempurna.


7. Pasti anda dapat rehat dan tidur yang cukup. 

Rehat atau tidur yang cukup amat penting bagi kesihatan minda dan tubuh badan . Jangan biar diri anda sentiasa dalam keletihan atau kekurangan tidur yang berkualiti sebab dua faktor ini mengawasi emosi dan minda anda. Badan yang sentiasa dalam keadaan letih mudah mengundang pelbagai penyakit dan seteruanya akan membuat kehidupan anda tidak tenteram.


Akhir sekali, mulalah amalan gaya hidup sihat anda dengan mengubah sikit demi sedikit dalam setiap aspek kehidupan. Mulakan dengan langkah kecil  dan tambah baik dari masa kesemasa. Lama kelamaan perubahan gaya hidup sihat menjadi kebiasaan.


hubungi:hanasalwa@gmail.com /watsap 0193063171


#nextlevelblogging

#amalanhidupsihat

#pengedarshakleeputrajaya

No comments: