Monday, May 1, 2023

Hari Raya Dengan Shaklee

 HARI RAYA BERSAMA SHAKLEE 


SELAMAT HARI RAYA....😘😘😘

Tahun ini 2023 umat islam berpuasa pada 23 Mac dan beraya tanggal 22 April.

Hari-hari yang ditunggu telah pun tiba selepas satu bulan berpuasa. Hari kemeriahan  disambut dengan berbagai ragam. Pelbagai persiapan juga disediakan demi menyambut 1 Syawal yang mulia ini.

Ramai dah mula membuat pelbagai rancangan awal awal lagi untuk beraya, nak raya di kampung atau di bandar. Ada yang awal awal dah tempah ticket kapal terbang untuk beraya di luar negara. Itu orang yang terlebih duit la. 

Beraya di Mekah


Yang tak ke mana-mana pulak sibuk bersiap baju raya, kuih raya, langsir baru atau rumah baru. Ada lagi yang berduit tu nak beraya dengan kereta baru. Semua ni untuk the excitement of hari raya.

Juadah Raya


Sebenarnya hari raya mempunyai makna yang lebih significant dari diatas. Hari raya di Malaysia bukan satu hari tapi sebulan.  Hari raya ialah hari perjumpaan atau pertemuan semua sanak saudara, ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan, teman -teman, sahabat -sahabat serta kenalan yang jauh dan yang dekat. Semua meraikan bulan shawal ini dengan penuh dengan keinsafan, kemaafan antara satu dengan lain. Lupakan segala sengketa yang lalu, sucikan diri dari segala kesalahan. Berbaik -baik semula hubungan yang terputus. Bersama-sama meraikan kemulian Syawal dengan penuh kegembiraan dan kasih sayang.


Hari raya pertama rumah saya sudah tentu penuh dengan anak cucu. Riuh rendah. Rumah orang tua kata pun. Semua anak-anak dan cucu balik rumah atok awal-awal lagi. Kejutan hari raya bermula dengan membuat rendang dan ketupat. Di laman pula anak cucu keriuhan bermain bunga api. Malam raya begini selalunya ada yang tak tidur sebab bila anak-anak dan sepupu-sepupu bertemu berbagai cerita keluar. Macam tak ada hari esok bagimu.Sesekali diikuti dengan nilai ketawa anak cucu. Dalam scenerio begini kalau tidur sebantal pun sanggup.


Selepas pulang dari solat Aidil -Fitri bermula kena bersilat di dapur. Saudara mara, ipar duai semua datang. ha ..ha.. mula lah saya keluarkan produk Shaklee. Akan saya share dengan sesiapa saja yang menegur. Bila bercakap saja tentang jagaan kesihatan pasti saya akan selitkan bab-bab penjagaan kesihatan dengan cara Shaklee. Bila tetamu datang bertandang ke rumah, I will never miss sharing the opportunity with them. sebab itu lah saya amat suka berjumpa dengan orang dan secara langsung berkongsi ilmu dengan mereka.

Sanak-saudara yang berkunjung dirumah


Hari ke 4 berhari raya tetamu masih lagi datang mengziarah. Riuh rendah bila sesekali bertemu. pelbagai cerita keluar. saya dah jadi kelam kabut bila tetamu terlalu ramai. Saya hidang minuman special dari Shaklee. The best drink - Mint  Plus  Performance Drink Lemon,  memang kena dengan cuaca panas begini PD lemon sangat quenching. Everbody loves it. Nape tidak? PD lemon saya campur lagi dengan perahan buah lemon dan segengam daun mint, mphh... memang sangat refreshing.


Sempat juga menunjukkan koleksi gambar- gambar convention ke beberapa negara dalam dunia yang telah  saya lawati sepanjang penglibatan 27 tahun bersama Shaklee.

Sharing Shaklee Convention


Memang macam tak percaya bagaimana Shaklee mengubah kehidupan saya dari mula saya terlibat dengan bisnes Shaklee hingga kesaat ini . Life is so wonderful with Shaklee. Shaklee membawa saya keliling dunia, umrah setiap tahun dan yang lain lain tak payah saya cerita la sebab pada saya yang paling mahal yang saya dapat  hingga kesaat ini  dari Shaklee ialah kesihatan yang genuine. 


Pada umur yang sudah menjangkau lebih 70 tahun , dan saya alhamdulillah syukur bebas dari segala penyakit yang serius seperti penyakit 3 serangkai kata orang - ie penyakit kencing manis, jantung dan darah tinggi.

Ini semua berkat dari Vitamin Shaklee yang saya amalkan sejak saya berumur 45 tahun lagi. 


Selepas hari raya  pelbagai masalah lain yang timbul. Ramai terasa kesihatan diri dah tergugat.  Berat badan pun dah mula naik dan merungsingkan. Program nak slim badan dah mula  lupa.

Masalah perut tu dah common. Ada yang cirit birit, perut sebu kembong dan sebagainya. Ada pula demam dan muntah muntah. Ini masalah yang kecil-kecil. Yang paling worst ada yang bacaan darah tinggi naik, kolestrol level dah tak terkawal, bacaan gula pun dah naik mendadak.

Bila berkumpul ramai-ramai terlupa pula yang negara kita ni belum bebas dari Covid. Ramai juga yang telah dijangkiti.

KLINIK PULA MULA PENUH DENGAN PELBAGAI PESAKIT

Ini semua berpunca dari makanan yang tak terkawal,  terutama makanan yang bergula terlalu banyak . Pantang jumpakan kuih muih yang dihiasi dengan pelbagai jenis bentuk untuk menarik perhatian. Yang sudah ada penyakit pun lupa diri. Nak juga cuit sedikit nak rasa.

GULA ADALAH PUNCA SEGALA PENYAKIT, 

Selepas berpuasa dan berhari raya macam mana nak pulih balik keadaan supaya badan kembali sihat sejahtera?


JOM KITA IKUT KAEDAH SHAKLEE  YANG TIDAK PERNAH KECEWAKAN ANDA UNTUK MENDAPAT SEMULA YOUR OPTIMUM HEALTH.

Vitamin



1. Herblax Shaklee - membantu membuang toxic dan mencuci usus . Toxic yang terkumpul dalam usus anda boleh mengakibatkan pelbagai penyakit. Ingat semasa berhari raya juadah yang anda ambil penuh dengan perwarna , pengawet perasa dan yang paling mengerunkan tambahan gula yang berlebihan. Semua ni perlu dinyahkan supaya perut anda sihat.

INGAT GULA ADLAH PUNCA SEGALA PENYAKIT


2. Lecithin - Pelarut lemak

Makanan atau hidangan hari raya penuh dengan hidden sugar dan lemak. tak dinafikan ramai yang mengeluh berat badan dah mula naik. maka sebab itulah jangan tinggal ambil Lecitin sebab lecithin adalah pelarut lemak dalam organ dan dibawah lapisan kulit.


3. Alfafa Complex - 

Alfafa berfungsi sebagai pelawas dan dapat membantu sekiranya ada masalah sakit perut dan cirit birit. Alfafa juga membantu dalam keracunan makanan.

Sebenarnya Alfafa ada banyak fungsi pada tubuh badan sepadan dengan nama gelarannya sebagai Raja Pemakanan.


Penghabisan cerita saya ini. ingin saya nasihatkan untuk sihat, anda perlu tahu apa yang boleh makan dan apa yang tak boleh anda makan. jika anda dapat kawal diri dan dengan displin makan  yang tinggi anda akan sentiasa sihat. Jadinya, Hari Raya dengan Shaklee adalah satu pilihan yang baik

Ingat Vitamin sangat penting membantu kesihatan anda.  Vitamin Shaklee sudah tentu yang terbaik.

SELAMAT HARI RAYA  AIDIL FITRI   2023



JIKA PERLU HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA.

MASTER SALWA

TEL NO : 0193063171



# blogmegashaklee

# shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

# pengedarsah putrajaya

No comments: