TIPS KURUS YANG BERKESAN
Stress betul bila memikirkan bagaimana nak kurus badan dengan cepat. Berbagai cara dilakukan tetapi badan kurus sekejap tapi kemudian naik balik kekadang tu jadi gemuk lebih dari biasa. Dah jenuh memikirkan pelbagai kaedah namun yang mana satu yang lebih berkesan ?
Sekarang ni pelbagai produk terjual di pasaran dan dalam sosial media pula bermacam kaedah disaran dan dishare. Tidak tahu yang mana satu nak dipilih. Banyak duit dah habis berdiet.
Runsing juga bila badan bertambah tembam, BMI dah mula tak normal, dah mula sakit lutut, sakit belakang dan sentiasa rasa cepat letih akibat berlebihan berat badan.
Sebenarnya kalau dilihat ramai orang Malaysia ni obes dan ramai pula yang tak perasan yang mereka tu obes. Bila jumpa makanan saja mula lupa diri dan makan seperti orang kebuluran tak jumpa makanan berhari hari .
Kenapa saya kata begitu? Tak payah pergi jauh la. Cuba tengok di majlis - majlis keramaian atau majlis perkahwinan, bagaimana tetamu mengambil makanan mereka? Selagi pinggan tak penuh bertimbun habis makanan diisinya. Sama ada dia boleh habiskan makanan itu , itu belakang kira. jadi dia makan ikut nafsu bukan makan ikut keperluan badannya atau makan ikut nilai makanan itu sama ada baik untuk dia atau tidak. Akhir sekali kita lihat banyak makanan terbuang . Membazirkan.
KALAU BEGINI LAH CARA MAKAN YANG KITA AMALKAN , TAK PAYAH LAH NAK BERANGAN NAK KURUS BADAN.
Sebenarnya anda tak perlu pun berdiet yang teruk-teruk atau makan ubat, atau pergi ke pusat-pusat kecantikan untuk nak kurus badan.
JOM KURUS DENGAN SELAMAT SEKARANG
PETUANYA .
1. Yang amat penting yang mesti ada dalam diri anda ialah mind set yang betul untuk kurus. Anda mesti tekad bersungguh-sungguh. pegang azam yang kuat yang anda nak kurus dan kelihatan cantik. Mind set begini sangat penting untuk boost impian anda. Anda tak mudah digoyang oleh apa -apa pengaruh terutama makanan terhidang didepan mata atau pun permainan perasaan teringin nak makan itu dan ini.
MIND SET YANG BETUL BARU BOLEH BERJAYA
2. Pengambilan gula terutama gula putih perlu dikawal . Kebanyakan makanan orang Malaysia penuh dengan hidden sugar . Ingat dalam kuih muih banyak terdapat gula , dalam minuman , cakes dan ice- krim semua nya penuh dengan gula. oleh itu berhati bila ambil makanan.
GULA SANGAT BAHAYA PADA KESIHATAN
3. Kurangkan makan makanan berkarbohidrat seperti nasi , roti , pasta, kuih muih yang berasakan tepung . makanan begini memang lah buat kita kenyang tapi kalau makan berlebihan mudah buat kita jadi gemuk . Sebenarnya ada banyak makanan yang tidak berkarbo boleh kita ganti untuk mengenyangkan. Makanan sebegini juga adalah makanan berkalori tinggi.
Tambahkan Protein dalam setiap hidangan anda . Ini dapat meningkatkan jisim otot tanpa lemak. Ada pendapat tips kuruskan badan paling berkesan ialah dengan mengurangkan pengambilan kalori. Pengurangan pengambilan makanan yang berkalori tinggi boleh menjadi faktor signifikan dalam penurunan berat badan. Ini adalah tips paling penting dan wajib diketahui.
KURANGKAN MAKANAN BERKALORI TINGGI
4. Ambil banyak sayur-sayuran dan buah -buahan . Pengambilan sayur dan buah-buahan amat digalakan. Sayur- sayuran dan buah-buahan mengandungi nutrien dan fitokimia bertindak sebagai antipengoksida dan boleh mengurangkan kerosakan sel. Kebaikannya lagi ia membantu proses menurunkan berat badan , mencantikan kulit, membina memperbaiki tulang disamping menjadi sumber utama membekal vitamin , mineral, serat dan antioksidan yang penting untuk menjaga kesihatan kita.
5. MAKAN HANYA KETIKA WAKTU MAKAN.
Kurangkan pengambilan makanan ringan dan jangan makan selepas waktu makan malam . Anda harus berdisiplin dalam hal ini.
Buangkan tabiat suka mengunyah ketika waktu lapang atau ketika menonton TV.
ELAK TABIAT SUKA MENGUNYAH MAKANAN RINGGAN
6. Elak minuman manis atau berkalori . Pastikan anda minum air kosong atau air masak .Anda juga boleh mengambil minuman yang sifar kalori seperti ten atau kopi tanpa gula.
Sekiranya perlu anda boleh ambil Protein Shaklee , Cinch Tea Shaklee sebab ianya sangat membantu anda untuk kenyang dan bertenaga.
CINCH TEA SHAKLEE MEMBERI TENAGA BERPANJANGAN
7. Cuba Intermittent Fasting ( IF)- oleh sebab IF ini ada time frame makan , jadinya kita akan lebih berpuasa dari makan . Dengan mengurangkan ruang masa makan , anda secara tidak langsung akan mengurangkan pengambilan kalori.
INTERMITTENT FASTING TINGKATKAN AUTHOPHAGY
8. Akhir sekali bersenam jangan lupa. Lakukan pergerakan badan sekurang- kurannya 3 kali seminggu. bersenam adalah salah satu norma yang terbaik untuk membakar lemak dan meningkatkan penampilan sesaorang. Sekiranya anda mampu pergi gym , lakukan lah. Senaman angkat berat atau senamrobik dapat memberi kesan yang baik dalam penurunan berat badan.
BERSENAM ATAU BERIADAH BAIK UNTUK TURUN BERAT BADAN.
9. Pengambilan Makanan Tambahan amat perlu dalam diet anda. SET KURUS SHAKLEE telah TELAH TERBUKTI DAN BERKESAN . Pemakanan set kurus Shaklee ini sangat baik untuk membantu memberi tenaga ,menyihatkan badan serta membuat kita kelihatan sentiasa segar ketika berdiet. Disamping itu set kurus Shaklee mengandungi rendah kalori dan juga membakar lemak.( lihat hello new you set kurus shaklee )
WAJIB AMBIL FOOD SUPPEMENT ( VITAMIN)
10. Selain 9 petua diatas anda perlu beri perhatian pada kesihatan anda dengan tidur yang cukup. Kuantiti tidur yang kurang dari 8 jam dikaitkan dengan nilai BMI tinggi . Ia berlaku kerana hormon mengawal selera makan terganggu.
KESIMPULAN
Dengan memanfaatkan diet yang betul dan aktiviti latihan yang optimum, menukar gaya hidup yang sihat , penurunan berat badan boleh dicapai . Jangan cepat mengalah . Yang penting anda perlu nekad dan mempunyai keazaman yang tinggi. Jadikan petua petua diatas bagai habit atau lifestyle hidup anda. Pastinya akan dapat capai impian anda untuk kelihatan kurus denan cepat serta berketerampilan cantik .
Siapa nak kurus dengan cepat, boleh implement tips ini. SELAMAT MENCUBA .
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
# shakleetriumph2023
#shakleeputrajaya
No comments:
Post a Comment