Saturday, February 25, 2023

Keseronokkan dalam Komuniti Shaklee

 SHAKLEE MENYENTUH HIDUPKU


Aku kenal Alfafa tanpa mengambil tahu dari mana datangnya . Setelah habis sebotol baru la aku mula mencari asal usul Alfafa. Siapa pengeluarnya.Itu pun apabila badan ku rasa terkesan olehnya,  bagus betul Alfafa ni.  Selepas mengetahui Alfafa adalah keluaran Shaklee baru lah aku mula merisik risik sapa ada menjual Shaklee Alfafa , tapi tak jumpa pengedarnya. Mana aku nak beli Alfafa. 

Tidak lama kemudian datanglah seorang hamba Allah memperkenalkan ESP shaklee padaku. Aku tak minat . Produk yang ku anggap alian ini aku reject awal awal lg. Tapi hamba allah ni tak sedikit pun putus asa, hampir 5 kali dia datang rumah aku bercakap tentang Shaklee. aku pada mulanya sangat boring, lama lama aku pun give up lalu sign up sebagai ahli Shaklee , bukan suka tapi terpaksa, harap dia tak datang rumah ku lagi. malas nak melayan.

Bila jadi ahli aku pun beli satu barang shaklee, Esp dg harga RM50 satu canister . Bila dah beli sapa pun dalam keluarga tak minum ESP. oleh sebab ESP  aku yang beli maka aku la kena pehabiskan. 2 scoop ESP bancuh dengan air sejuk segelas , kacau minum. 2 kali sehari.

Cerita ini dalam tahun 1996 ,  benda yang diangap alien pada body mana la aku nak ambil hirau sangat. Minum aja la tanpa banyak fikir.

Selepas minum beberapa hari terasa badan lain. Badan tak tahu nak letih. mula mula tertanya juga  , bila badan aku nak letih? selalunya bila pulang dari mengajar aku sangat letih. aku ni ada low blood pressure dan acute asthema dari kecil lagi . aku mudah letih dan sering banyak tidur. aku ni bukan jenis orang yang aktif olah raga. dalam bertanya tanya soalan kenapa badan ku sentiasa segar bugar , baru lah aku teringat kesan ESP rupanya yang aku minum 2 kali sehari siang dan malam.

sejak hari itu ESP menjadi teman karib yang setia.. I love it. Tambah tambah bila orang puji kulit ku cantik dan bersih berkilat....bukan nak angkat bakul tau ! memang betul kulitku  berkilat lembab dan kurang kedut berbanding dengan kawan kawan yang seumur  72 tahun  dengan ku😄. Ini bukan apa kesan minum ESP berpuluh tahun.

BERMULA MENGENAL DAN MENCINTAI SHAKLEE.


Aku  kemudian  dibawa mengenal  Shaklee dengan lebih dekat . diberi tahu nama company - shaklee Cooperation and the foundernya. Baru aku tahu nama  Shaklee rupanya atas nama seorang doctor - DR. Forest C Shaklee ( founder Shaklee - dah mati pun dia. aku baca buku dia ) . aku baca latar belakangnya , misi dan vision dia dalam mencipta makanan tambahan yang kita panggil VITAMIN sekarang ini. dia mempunyai  beberapa Visi yang hebat yang aku paling suka  -  DO UNTO OTHERS AS YOU WANT THEM DO UNTO YOU.

Tahun terus berlalu aku tak pernah jemu menghadiri kelas-kelas atau seminar yang dianjurkan, aku mahu belajar mengenai kesihatan yang selama ini aku sangat ignorance. Dalam meeting aku diajar tentang pemakanan Shaklee, bagaimana  mendapat kesihatan optimum dan bagaimana kita boleh membantu orang lain juga untuk sihat dengan bantuan Vitamin. 

Anehnya bila aku masuk kelas atau seminar ketika itu, aku belum nampak jelas bahawa aku boleh jadi kaya dengan menjadi pengedar Shaklee. Aku tak terfikir kehidupan ku boleh berubah dengan Shaklee. Aku hanya ikut arus dengan kawan-kawan  yang seronok menjadi keluarga pengedar shaklee yang mempunyai arah tuju yang sama untuk meningkatkan kesihatan diri dan keluarga serta berkongsi benda baik dengan ramai orang lagi. 

Menjadi pengedar shaklee digalakan berkerja suami isteri. Konsep ini bagus. Tak ada dalam mana-mana company yang mengamal rukun ini. bila kita berkerja bersama suami isteri tak timbul masalah kecurigaan, salah faham dan pergaduhan dan sebagainya. Kehidupan  rumah tangga lebih aman tenteram dan harmoni.

APA KESERONOKKAN DALAM KOMUNITI SHAKLEE

Pengedar Shaklee diberi 3C

  1. Cash ( wang Tunai)
  2. Car
  3. Convention ( melancung): Luar Negara, Dalam Negara, Umrah. Semua perjalanan full board
3C yang disediakan oleh Shaklee telah banyak merubah kehidupan ramai pengedar. Dengan plan pemasarannya yang sangat jelas dan telus ramai berjaya mencapai cita cita mereka. Aku sangat kagum plan pemasaran yang ku kenal dalam tahun 1996 hingga kini tak pernah berubah . Ramai yang telah menjadi kaya raya dengan plan pemasaran Shaklee . Kehidupan mereka berubah dari yang tak ada menjadi berada. Ramai yang telah berhenti kerja  kerana berbagai alasan seperti mecari time freedom , income yang besar yang disediakan oleh Shaklee.

Shaklee ada lah paymaster yang sangat hebat. Shaklee mampu membayar gaji atau bonus kepada pengedarnya tak kira berapa besar amountnya without fail. Belum ada lagi terdengar shaklee tak dapat bayar bonus pada pengedarnya. Pihak bank pun sangat confident dengan pay slip yang dikeluarkan oleh shaklee, jadi Pengedar Shaklee tak susah untuk mendapat pinjaman dari bank untuk beli rumah atau kereta.

Convention ;-  Sebelum aku joint shaklee aku tak berani nak berangan nak pergi melancong. bila cuti sekolah aku akan usung anak anak ku balik kampung saja. tapi bila jadi pengedar Shaklee kehidupan kami  berubah. Shaklee menyediakan pelbagai tempat dalam dunia ini untuk keluarga shaklee bercuti. boleh bayangkan tak? Dah  berapa buah negara dalam dunia yang telah aku sampai? kebanyakan negara yang besar besar telah  beberapa kali aku sampai.a
Space ship " the Atlantis " yang berada di NASA US telah aku rasa menaikinya. hebat tak?
itu lah hebatnya Shaklee.
 Bila teringat umrah tempat kita semua selalu rindui dimudahkan Allah. Dengan izin NYA aku dapat pergi sudah beberapa kali sejak 1996 lagi. bayangkan dah berapa kali tu ? tak ingat dah.

Perniagaan Shaklee boleh diwarisi;

Bila kita dah berjaya menjadi Pengedar yang effective, kita ada rangkaian pengedar pengedar lain dibawah organisasi kita dengan kata lain kita ada empire kita tersendiri, business kita dah berkembang luas, pendapatan pun lebih dari lumayan..... kita akan terfikir apa akan terjadi jika kita tak ada dalam dunia ini lagi. Bagaimana dengan biznes yang kita tinggal?

Kita tak perlu fikir sangat bab-bab itu sebab dengan beberapa syarat tertentu Shaklee telah aturkan bahawa perniagaan yang kita tinggalkan boleh diwarisi oleh anak anak kita. Aku rasa ini sangat menarik. 


Dengan pelbagai insentif yang disediakan oleh Shaklee dan apa yang aku dapat dari shaklee selama penglibatanku sebagai pengedar Shaklee. aku sangat puas hati dengan Shaklee. Semua yang dijanjikan dipenuhi. . Tak menyesal aku  menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee .

KEHIDUPAN KU TELAH BERUBAH........

Selain itu, terdapat banyak lagi faktor yang membawa kepada keseronokkan berada didalam komuniti Shaklee selain perkara yang saya ceritakan awalnya iaitu

1. Support system diantara Shaklee members

2. Guidance daripada pakar nutrisi serta sesama ahli

3. Membina ukhwah yang sejati serta saling ingat meningati satu sama lain tentang kehidupan dunia dan akhirat

4. Belajar bersama-sama  untuk upgrade knowledge dengan Doktor pakar serta saintis. Sama-sama menimba ilmu dan saling sharing.

5. Seperti yang saya katakan, 3C, travel adalah salah satu dimana kita dapat menikmati dunia bersama ahli Shaklee.

6. Membina legasi

7. Informasi tentang nutrisi yang boleh dikongsi bersama selain daripada belajar dengan Nutritionist dari syarikat Shaklee.

8. Positive circle. Baik yang muda dan tua masing-masing mencipta sebuah circle yang sentiasa positif dan ingin maju ke hadapan. 

9. Perniagaan yang membantu manusia sejagat. Apa yang lebih bernilai apabila kita mampu membantu manusia mendapat kesihatan yang baik.


Terlalu banyak untuk diceritakan tentang keseronokkan berada dalam komunit Shaklee. Semua ini tidak dapat saya rasai sekiranya saya bermula tanpa mengenali Alfafa. Alhamdulillah, dengan takdir Allah yang menemukan saya dengan Alfafa, saya dapat menikmati kelebihan dan kenikmatan sebuah komuniti yang positif. 


#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#megablog

No comments: