Saturday, February 25, 2023

Keseronokkan dalam Komuniti Shaklee

 SHAKLEE MENYENTUH HIDUPKU


Aku kenal Alfafa tanpa mengambil tahu dari mana datangnya . Setelah habis sebotol baru la aku mula mencari asal usul Alfafa. Siapa pengeluarnya.Itu pun apabila badan ku rasa terkesan olehnya,  bagus betul Alfafa ni.  Selepas mengetahui Alfafa adalah keluaran Shaklee baru lah aku mula merisik risik sapa ada menjual Shaklee Alfafa , tapi tak jumpa pengedarnya. Mana aku nak beli Alfafa. 

Tidak lama kemudian datanglah seorang hamba Allah memperkenalkan ESP shaklee padaku. Aku tak minat . Produk yang ku anggap alian ini aku reject awal awal lg. Tapi hamba allah ni tak sedikit pun putus asa, hampir 5 kali dia datang rumah aku bercakap tentang Shaklee. aku pada mulanya sangat boring, lama lama aku pun give up lalu sign up sebagai ahli Shaklee , bukan suka tapi terpaksa, harap dia tak datang rumah ku lagi. malas nak melayan.

Bila jadi ahli aku pun beli satu barang shaklee, Esp dg harga RM50 satu canister . Bila dah beli sapa pun dalam keluarga tak minum ESP. oleh sebab ESP  aku yang beli maka aku la kena pehabiskan. 2 scoop ESP bancuh dengan air sejuk segelas , kacau minum. 2 kali sehari.

Cerita ini dalam tahun 1996 ,  benda yang diangap alien pada body mana la aku nak ambil hirau sangat. Minum aja la tanpa banyak fikir.

Selepas minum beberapa hari terasa badan lain. Badan tak tahu nak letih. mula mula tertanya juga  , bila badan aku nak letih? selalunya bila pulang dari mengajar aku sangat letih. aku ni ada low blood pressure dan acute asthema dari kecil lagi . aku mudah letih dan sering banyak tidur. aku ni bukan jenis orang yang aktif olah raga. dalam bertanya tanya soalan kenapa badan ku sentiasa segar bugar , baru lah aku teringat kesan ESP rupanya yang aku minum 2 kali sehari siang dan malam.

sejak hari itu ESP menjadi teman karib yang setia.. I love it. Tambah tambah bila orang puji kulit ku cantik dan bersih berkilat....bukan nak angkat bakul tau ! memang betul kulitku  berkilat lembab dan kurang kedut berbanding dengan kawan kawan yang seumur  72 tahun  dengan ku😄. Ini bukan apa kesan minum ESP berpuluh tahun.

BERMULA MENGENAL DAN MENCINTAI SHAKLEE.


Aku  kemudian  dibawa mengenal  Shaklee dengan lebih dekat . diberi tahu nama company - shaklee Cooperation and the foundernya. Baru aku tahu nama  Shaklee rupanya atas nama seorang doctor - DR. Forest C Shaklee ( founder Shaklee - dah mati pun dia. aku baca buku dia ) . aku baca latar belakangnya , misi dan vision dia dalam mencipta makanan tambahan yang kita panggil VITAMIN sekarang ini. dia mempunyai  beberapa Visi yang hebat yang aku paling suka  -  DO UNTO OTHERS AS YOU WANT THEM DO UNTO YOU.

Tahun terus berlalu aku tak pernah jemu menghadiri kelas-kelas atau seminar yang dianjurkan, aku mahu belajar mengenai kesihatan yang selama ini aku sangat ignorance. Dalam meeting aku diajar tentang pemakanan Shaklee, bagaimana  mendapat kesihatan optimum dan bagaimana kita boleh membantu orang lain juga untuk sihat dengan bantuan Vitamin. 

Anehnya bila aku masuk kelas atau seminar ketika itu, aku belum nampak jelas bahawa aku boleh jadi kaya dengan menjadi pengedar Shaklee. Aku tak terfikir kehidupan ku boleh berubah dengan Shaklee. Aku hanya ikut arus dengan kawan-kawan  yang seronok menjadi keluarga pengedar shaklee yang mempunyai arah tuju yang sama untuk meningkatkan kesihatan diri dan keluarga serta berkongsi benda baik dengan ramai orang lagi. 

Menjadi pengedar shaklee digalakan berkerja suami isteri. Konsep ini bagus. Tak ada dalam mana-mana company yang mengamal rukun ini. bila kita berkerja bersama suami isteri tak timbul masalah kecurigaan, salah faham dan pergaduhan dan sebagainya. Kehidupan  rumah tangga lebih aman tenteram dan harmoni.

APA KESERONOKKAN DALAM KOMUNITI SHAKLEE

Pengedar Shaklee diberi 3C

  1. Cash ( wang Tunai)
  2. Car
  3. Convention ( melancung): Luar Negara, Dalam Negara, Umrah. Semua perjalanan full board
3C yang disediakan oleh Shaklee telah banyak merubah kehidupan ramai pengedar. Dengan plan pemasarannya yang sangat jelas dan telus ramai berjaya mencapai cita cita mereka. Aku sangat kagum plan pemasaran yang ku kenal dalam tahun 1996 hingga kini tak pernah berubah . Ramai yang telah menjadi kaya raya dengan plan pemasaran Shaklee . Kehidupan mereka berubah dari yang tak ada menjadi berada. Ramai yang telah berhenti kerja  kerana berbagai alasan seperti mecari time freedom , income yang besar yang disediakan oleh Shaklee.

Shaklee ada lah paymaster yang sangat hebat. Shaklee mampu membayar gaji atau bonus kepada pengedarnya tak kira berapa besar amountnya without fail. Belum ada lagi terdengar shaklee tak dapat bayar bonus pada pengedarnya. Pihak bank pun sangat confident dengan pay slip yang dikeluarkan oleh shaklee, jadi Pengedar Shaklee tak susah untuk mendapat pinjaman dari bank untuk beli rumah atau kereta.

Convention ;-  Sebelum aku joint shaklee aku tak berani nak berangan nak pergi melancong. bila cuti sekolah aku akan usung anak anak ku balik kampung saja. tapi bila jadi pengedar Shaklee kehidupan kami  berubah. Shaklee menyediakan pelbagai tempat dalam dunia ini untuk keluarga shaklee bercuti. boleh bayangkan tak? Dah  berapa buah negara dalam dunia yang telah aku sampai? kebanyakan negara yang besar besar telah  beberapa kali aku sampai.a
Space ship " the Atlantis " yang berada di NASA US telah aku rasa menaikinya. hebat tak?
itu lah hebatnya Shaklee.
 Bila teringat umrah tempat kita semua selalu rindui dimudahkan Allah. Dengan izin NYA aku dapat pergi sudah beberapa kali sejak 1996 lagi. bayangkan dah berapa kali tu ? tak ingat dah.

Perniagaan Shaklee boleh diwarisi;

Bila kita dah berjaya menjadi Pengedar yang effective, kita ada rangkaian pengedar pengedar lain dibawah organisasi kita dengan kata lain kita ada empire kita tersendiri, business kita dah berkembang luas, pendapatan pun lebih dari lumayan..... kita akan terfikir apa akan terjadi jika kita tak ada dalam dunia ini lagi. Bagaimana dengan biznes yang kita tinggal?

Kita tak perlu fikir sangat bab-bab itu sebab dengan beberapa syarat tertentu Shaklee telah aturkan bahawa perniagaan yang kita tinggalkan boleh diwarisi oleh anak anak kita. Aku rasa ini sangat menarik. 


Dengan pelbagai insentif yang disediakan oleh Shaklee dan apa yang aku dapat dari shaklee selama penglibatanku sebagai pengedar Shaklee. aku sangat puas hati dengan Shaklee. Semua yang dijanjikan dipenuhi. . Tak menyesal aku  menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee .

KEHIDUPAN KU TELAH BERUBAH........

Selain itu, terdapat banyak lagi faktor yang membawa kepada keseronokkan berada didalam komuniti Shaklee selain perkara yang saya ceritakan awalnya iaitu

1. Support system diantara Shaklee members

2. Guidance daripada pakar nutrisi serta sesama ahli

3. Membina ukhwah yang sejati serta saling ingat meningati satu sama lain tentang kehidupan dunia dan akhirat

4. Belajar bersama-sama  untuk upgrade knowledge dengan Doktor pakar serta saintis. Sama-sama menimba ilmu dan saling sharing.

5. Seperti yang saya katakan, 3C, travel adalah salah satu dimana kita dapat menikmati dunia bersama ahli Shaklee.

6. Membina legasi

7. Informasi tentang nutrisi yang boleh dikongsi bersama selain daripada belajar dengan Nutritionist dari syarikat Shaklee.

8. Positive circle. Baik yang muda dan tua masing-masing mencipta sebuah circle yang sentiasa positif dan ingin maju ke hadapan. 

9. Perniagaan yang membantu manusia sejagat. Apa yang lebih bernilai apabila kita mampu membantu manusia mendapat kesihatan yang baik.


Terlalu banyak untuk diceritakan tentang keseronokkan berada dalam komunit Shaklee. Semua ini tidak dapat saya rasai sekiranya saya bermula tanpa mengenali Alfafa. Alhamdulillah, dengan takdir Allah yang menemukan saya dengan Alfafa, saya dapat menikmati kelebihan dan kenikmatan sebuah komuniti yang positif. 


#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#megablog

Thursday, February 23, 2023

Projek Blog Mega 1.0

REVIEW PROJEK BLOG MEGA 1.0

Projek Blog Mega 1.0 dicetuskan oleh mastermind dua insan Shaklee Malaysia  yang istimewa iaitu Master Norita Idris dan Master Salwa Zeyn. Gabungan dua master yang hebat mempunyai  niat  murni dan jalan tuju yang sangat mengkagumkan, arah tuju yang  sama untuk  membimbing ramai pengedar  Shaklee *thrive*( maju kehadapan). kita semua berhak maju bersama.


APA TU PROJEK BLOG MEGA 1.0 ???

PROJEK BLOG MEGA 1.0 ialah program untuk membina rangkaian blog yg ditulis oleh pengedar Shaklee bertujuan meningkat penjualan secara terhubung bantu membantu antara satu dengan yg lain.

Dalam dunia perniagaan Shaklee , untuk maju dan capai kejayaan adalah impossible untuk berdiri sendiri. kita perlu ada satu team yang besar untuk create wave. berdasar konsep ini lah Master Norita dan Master Salwa mencetus idea Projek Blog Mega 1.0 untuk membantu dan meningkatkan sales secara bersama.

Projek Blog Mega 1.0 memberi mafaat  dan kesan yang mendalam pada masyarakat atau semua ahli Shaklee. saya tertarik dengan projek ini kerana ingin mengajak ramai anak-anak buah Shaklee saya untuk sama sama bangkit semula. Sudah beberapa tahun kebelakang ini ramai dah slow down dan dengan adanya projek ini kita dapat  bangun level up bersama.

Projek Blog Mega 1.0 ini bermula awal feb 2023 , sekarang platform untuk bangkit semula sudah disusun oleh master Norita dan master Salwa. Bila jalan dah ada kita harus ikut untuk berjaya. jangan let opportunity melepas begitu saja.

Bila projek blog mega 1.0 berlangsung, saya rasa sangat terkesan dengan usaha usaha Master Norita dan Master Salwa Zeyn yang sangat komited dengan tugas tugas mereka dalam membimbing kita semua untuk menghasilkan blog kita masing masing. Contoh diri saya,  saya pernah menulis blog dalam dalam tahun 2008 dan berakhir dalam tahun 2016 , saya macam hilang excitement selepas itu untuk terus menulis. saya rasa macam tak ada orang menjengok blog saya. Rupanya  kalau di lihat dalam kolum statistik sudah 15,124 orang yang tengok blok saya. Teruja juga saya!  Tu yang nak continue menulis lagi. tambah2 bila  Norita keep on giving semangat. Secara tak langsung dengan cara menyambung semula penulisan dalam blog , saya dapat membina kembali momentem saya. I am excited.

Bila semua perserta projek ini selesai menulis , semuanya excited, semuanya terhubung antara satu sama lain , semua tak sabar sabar nak publish blog masing masing. Saya rasa sangat teruja . Seronok rasa diri bila terhubung,  dapat juga bayangkan perasaan  my down line the excitment menulis dengan tekun walaupun dalam apa keadaan atau dalam kekangan masa, namun kerja akhirnya siap. Tahniah anda semua.

                           KEJAYAAAN MEMBURU ANDA.



Projek Blog Mega 1.0 membawa banyak kebaikan among shaklee members

  • mengexcited kembali PENGEDAR Shaklee untuk bangun kembali untuk terus berjuangan dalam shaklee.
  • memberi peluang untuk  didik diri sendiri untuk belajar benda baru ia itu menulis blog. 
  • dapat berhubung antara blogger  yang lain.
  • dapat mengenal dan belajar kelemahan diri dari blogger lain.
  • dapat meluaskan lagi pasaran produk Shaklee pada orang ramai.  menyampaikan ilmu tentang produk Shaklee dengan jelas pada pengguna
  • dapat meyakinkan orang ramai dengan produk Shaklee ini.
  • pencarian product Shaklee lebih mudah jika lebih ramai menulis blog menulis tentang Shaklee
  • mudah mendapat consumer
  • mudah dapat prospect untuk buat biznes Shaklee.
  • diri anda lebih mudah dikenali tak kira dimana anda berada.
  • satu cara untuk meningkatkan sale anda.

KEJAYAAN ITU HAK KITA UNTUK MENCIPTAKANYA , TERUS BERUSAHA DAN DONT GIVE UP.


THINK AND GROW RICH WITH......
MASTER SALWA.....
27 TAHUN BERSAMA SHAKLEE  SEJAK 1996.

Semoga  apa yang kita lakukan mendapat manfaat dan kejayaan dunia akhirat.


#shakleethrive2023
#shakleetriump2023
#blogmega

Tuesday, February 14, 2023

Set Kurus Shaklee

SET KURUS SHAKLEE


Ada pelbagai cara untuk menguruskan badan. Ini semua bergantung pada kehendak seseorang. Apa cara yang digunakan pastikan  ia dapat dipraktikkan dengan cara yang betul dan konsisten dan hasilnya pasti positif.

Antara cara yang sering diguna pakai adalah seperti berikut:-

  • Kurangkan gula dan kanji atau carbohydrate. Dengan pengambilan kurang gula dan kanji anda perlu ganti diet anda dengan makanan berserat tinggi seperti whole grain. Bila anda buat begitu, tahap lapar anda akan berkurangan dan kalori permakanan pun berkurang. Walaubagaimanapun dalam kajian low carb diet kurang berjaya sebab pengamalnya mudah give up dan akan menjurus ke yo-yo diet.
  • Intermittent fasting adalah satu kaedah yang sangat popular sekarang. IF adalah satu cara berdiet dimana seseorang itu mengawal pemakanannya mengikut masa makan dan berpuasa.
  •  Beriadah atau Excercise sebagai contoh jogging, running, cycling, angkat berat, cardio workout dan seterusnya. semua ini menjurus untuk menguruskan badan.    

Ketika melakukan program menguruskan badan banyak perkara perlu anda beri perhatian untuk menjaminkan anda kurus,  totally sihat dan bertenaga.  Makanan harian perlu diambil kira. Pastikan diet anda termasuk makanan yang tinggi serat, kurang karbo, gula dan sebagainya. Pengambilan Vitamin atau supplement sangat penting untuk menjamin badan anda mendapat nutrient yang cukup untuk anda kekal sihat dan bertenaga.

Supplement memainkan peranan  yang sangat penting dalam menjamin badan kita sentiasa kelihatan segar, kulit berseri, rambut dan mata sihat, organ dalam sihat, aktif dan bertenaga. Dalam entri ini, saya ingin fokus kepada Set Kurus Shaklee bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.



SET KURUS SHAKLEE




Shaklee telah menyediakan set kurus istimewa yang telah terbukti dan berkesan. Ramai yang telah mencubanya dan hasilnya sangat menakjubkan.

Set Kurus Shaklee ini mengandungi lima produk yang terdiri daripada
  • Cinch Coklat 
  • Lecithin
  • Herb Lax
  • Omega Guard
  • Vivix
                               
5 produk utama yang boleh membantu untuk mencapai impian anda untuk mendapat bentuk badan yang ideal.


1. CINCH COKLAT SHAKLEE



KEBAIKAN CINCH CHOCOLATE - SEJENIS MINUMAN yang berkhasiat tin pelbagai  zat vitamin dan galian yang lengkap yang diperlukan oleh badan. Selain itu ia membantu memberi rasa kenyang berjam- jam kerana didalamnya terdapat sirat yang tinggi. 

Disamping memberi tenaga berpanjangan dan tidak cepat rasa letih. Cinch juga membantu meningkatkan metabolisma badan dan memelihara otot bagi mengelakan anda gemuk semula. Yang penting ianya tidak 
akan membuat anda rasa craving.

Nilai Glisemik Index ( GI ) rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengkekalkan tenaga dan diperkaya dengan acid amino leucine.  
         

2. LECITHIN



LECITHIN - Juga diperbuat dari Soy
Lecithin berfungsi membantu kesihatan jantung dan mengurangkan kolestrol level dan seterusnya membantu mengstabilkan tahap atau tingkat HDL dan LDL dalam tubuh dan mengawal tahap tekanan darah.  Bagi untuk menguruskan berat badan, Lecithin juga membantu untuk memecah lemak dalam saluran darah. Ia juga dikenali sebagai pengemulasi semulajadi sebab ia mempunyai kuasa melekat pada lemak dan akan membuat lemak terapung- apung dalam darah dan tidak membolehkan lemak melekat semula pada dinding membran. Lecithin juga boleh melembutkan arteries yang mengeras.

3. OMEGA GUARD



OMEGA 3 - MINYAK IKAN LAUT DALAM

Supplement Omega 3 ini mempunyai banyak fungsi kebaikan kesihatan. Antaranya ia membantu mengurangkan berat badan dengan menaikan  metabolic dan mengalakan pembakaran lemak terutama selepas beriadah. selain itu Omega juga membantu membina otot serta mengurangkan insulin. Ia sangat baik pada pesakit diabetes.


4. HERBLAX



HERBLAX - Pembersih usus yang lembut. Tergolong dalam katogori herba yang fungsinya mengnyahkan  toksin  dalam badan , sangat baik bagi orang yang mengalami sembelit serta dapat mengempiskan perut.

5. VIVIX   


VIVIX - SEJENIS MINUMAN YANG BERKHASIAT TINGGI.
Bertindak sebagai anti oksiden yang mengandungi polifenol dengan bahan lain yang mempunyai kuasa anti oksiden yang terbaik dan mujarab untuk membantu melawan jangkitan kuman dan kulat. Gabungan anggur muscadine yang unik dalam Vivix dapat membantu memberi perlindungan berganda pada sel-sel tubuh dari segala jenis jangkitan.

Vivix juga dikenali sebagai minuman awet muda. Vivix yang mempunyai bahan anti-penuaan yang hebat  yang boleh memberi 4 mekanisma utama penuaan selular, termasuk tenaga sel pertahanan sel, pemulihan sel, dan prestasi sel. Jika semua mekanisma sel ini dijaga dengan baik, maka proses penuaan selular akan menjadi lebih perlahan dan anda akan kelihatan sentiasa muda. Dengan mengamal minuman Vivix anda juga tidak akan mengalami masalah sembelit.


Secara kesimpulannya, bagi anda yang ingin merancang untuk kurus badan biarlah bijak dalam mengatur diet anda. Perlu ada kekuatan mental untuk melawan segala rintangan, sabar dalam mengikut program yang diatur dan pandai mengawal nafsu makan. Setelah kelebihan produk dalam Set Kurus Shaklee ini telah diterangkan, sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Set Kurus Shaklee ini boleh hubungi saya di talian 019-3063171 (Salwa). 
           

#projectmegablog
#shakleetrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleeputrajaya
#shakleereadystock



Penafian: Segala testimoni dan penulisan di dalam laman ini adalah tidak bertujuan untuk merawat, mengdiagnose, mencegah serta menyembuhkan penyakit. Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan, anda digalakkan untuk mendapat nasihat doktor atau man-mana pakar yang diiktiraf.

Thursday, February 9, 2023

NAK TAHU APA INTERMITTENT FASTING ?

INTERMITTENT FASTING ( IF )Sekarang ini ramai teruja dengan intermitten fasting. Dah jadi sebagai satu trand pula bila bercakap pasal nak kurus badan mesti sebut Interminttent Fasting

Apa itu Intermittent Fasting?


IF adalah satu kaedah untuk mendapat berat badan yang ideal. itu saja yang kebanyakan kita tahu. Orang buat IF kita pun nk buat IF. 

Sebelum anda nak buat IF , banyak perkara perlu anda ketahui seperti apa itu IF? APA sebab orang buat IF, bila boleh buat IF, apa banefitnya , selamat ke? Banyak perlu diketahui dan perlu ada guide line yang betul untuk mendapatkan  hasil yang anda mahu. Ramai orang mengamalkan IF untuk berbagai tujuan kesihatan dan untuk kemudahan gaya hidup.

IF ni sebenarnya meletakan asas bagaimana kita makan dan pilihan makanan pada setiap hidangan.

Jika dilaksanakan dengan betul, IF merupakan pertukaran gaya hidup dan solusi jangka panjang untuk hidup sihat dan berbahagia.




Intermittent Fasting adalah pola pemakanan dimana orang akan limit pengambilanan makanan pada masa tertentu dalam sehari. Ada sesetengah pendapat mengatakan IF bukan saja boleh mengurangkan berat badan tetapi lebih pada itu superti kecerdasan otak dan Kesihatan jantung.

Ada orang memulakan pendekatan program IF nya  dengan  berpuasa berselang seli, makan normal diet satu hari , lepas tu puasa satu hari atau makan sedikit( kurang dari 500 kalori ). keesokannya harinya makan seperti biasa juga dan seterusnya.....

Anda perlu ada plan IF sendiri sebab hanya anda yang tahu badan anda, bila nak makan dan bila nak berpuasa. IF bukan sahaja kita berpuasa beberapa jam  mengikut schedule atau plan tetapi kita mesti ambil kira makanan yang kita ambil ketika kita tak berpuasa. Dengan kata lain  food choice tu penting  dalam pemilihan makanan harian kita untuk memastikan kita sihat dan bertenaga. Dua faktor ini penning jika nak melakukan IF . mesti ada tenaga semasa kita berpuasa. Pemakanan sihat atau supplemnt mesti ada dalam diet kita untuk memberi buatuan pada daya tahan badan . Jangan silap faham ya , bila bermula melakukan IF kita kena restrict good  food. Itu tak betul.


Jenis-Jenis Fasting


KEBIASAAN INTERMITTENT  FASTING -  dilakukan dalam masa 16 jam hari hari atau 24 jam dua kali seminggu.

Ini adalah kaedah IF yang ramai lakukan:-

  • kaedah 16/8 - kaedah ini dipanggil Leangains protocol. kaedah ini melibatkan tempoh waktu dipendekan selama 8 jam untuk dibolehkan makan , masa selebihnya iaitu 16 untuk berpuasa.
  •  makan- berpuasa- makan : ini konsep selang sehari makan (pussa nabi Daud)
  • kaedah 5:2 diet : kaedah ini anda perlu makan hanya 500-600 kalori dalam masa 2 hari  berturut turut dalam seminggu tetapi 5 hari lagi makan seperti biasa.

Dengan mengurangkan pengambilan kalori, semua kaedah yang diberi sepatutnya boleh mengurangkan berat badan selagi anda tidak ada cheating dengan makan berlebihan atau panjangkan waktu makan anda.




#shakleetrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeputrajaya