KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG
Anda mengandung ? Tahniah. Pasti anda sangat bergembira untuk menimbang cahaya mata tak kira itu anak pertama anda yang sekian lama menanati atau anak yang kedua , ketiga atau setrusnya. tambahan anak anak dalam keluarga adalah anugerah Allah kepada kita. Allah memberi rezeki dalam berbagai bentuk. Anak-anak adalah cahaya rumah tangga yang memberi kebahagian hidup pada sepasang suami isteri.
Bila mengandung anda pasti sangat gembira dan di samping itu anda mula kalot mencari cari persiapan apakah keperluan wanita mengandung.
Bagi bakal wanita mengandung atau hamil , info info tentang kehamilan serta keadaan yang akan dialami sepanjang tempoh kehamilan perlu ada untuk memastikan bakal bakal ibu dapat memantau tahap kesihatan diri dan bayi.
Berbadan dua adalah istilah yan merujuk kepada tempoh dimana janin berkembang di dalam rahim.
Tempoh kehamilan biasanya berlangsung sekitar 40 minggu atau 9 bulan. Apabila anda disahkan mengandung, akan berlaku perubahan dalam hormon dan jumlahnya akan meningkat setiap hari.
Tanda tanda awal kehamilan sebelum anda pergi ke klinik untuk buat ujian kehamilan.
- Tiada pendarahan haid
- Pening pening
- Payu dara sensitive
- Rasa mual dan loya
Tubuh akan mengalami beberapa perubahan besar sebagai persediaan untuk membesarkan satu kehidupan baharu . Perubahan tersebut akan menyebabkan pelbagai simpton sperti mual, keletihan, payu dara sensitif dan kerap kencing.
Ia adalah gejala kehamilan biasa namun setiap wanita hamil akan mengalami pengalaman berbeza.
Ada wanita munkin berasa lebih bertenaga dalam fasa ini dan sesetengah yang lain mengalami keletihan dan sangat beremosi.
Emosi
Emosi bakal ibu banyak terganggu pada fasa ini.Tahap estrogen dan progesteron lebih tinggi semasa trimester pertama menjadi punca kepada prubahan emosi yang turun naik.
Keletihan yang teruk atau mabuk pagi boleh menggangu perjalanan atau aktiviti harian anda, mood swing seperti sindrom pramentruasi adalah perkara biasa untuk terjadi.
Wanita mengandung ; Penjagaan Kehamilan
Bagi wanita mengandung gejala kehamilan boleh mendatangkan ketidakselesaan namun ianya boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat serta senaman yang teratur.
Anda dinasihatkan untuk menjalankan aktiviti fisikal harian seperti biasa selagi anda berasa selesa dan mampu melakukannya.
Semakin aktif semasa mengandung, ia akan memudahkan anda untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan tubuh yang berlaku.
Perubahan seterusnya 4 bulan keatas
Pada fasa 4 bulan keatas kehamilan diaangap sebagai "golden period" kerana dalam masa ini gejala kehamilan seperti ketidak selesaan, rasa loya sebagainya sudah mula berkurangan atau langsung berhenti.
Anda akan berasa sedikit nyaman ketika ini namun begitu mengikut info ibu mengandung yang perlu anda tahu semasa fasa kehamilan 4 bulan keatas dimana terdapat kemunkinanberlaku gejala baharu seperti
* Sakit belakang
* Pedih ulu hati
* Kekejangan kaki
* Sembelit
* Sakit Perut
Masalah ini biasa dialami oleh wanita mengandung dan dari masa ke semasa masalah ini akan berlarutan pada sesetengah wanita hingga waktu kelahiran. Ini bergantung pada kesihatan bakal ibu bagaimana ia menjaga dan mengambil berat tentang kesihatan beliau semasa hamil.
Perubahan tubuh 7-9 bulan hingga kelahiran.
Anda kini berada pada tahap akhir kehamilan dan sudah tentu rasa teruja serta tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata baru.
Beberapa perubahan gejala fizikal pasti berlaku pada tempoh ini seperti
* Mudah sesak nafas
* Sukar membuang air besar
* kekerapan membuang air kecil
* kekejangan kaki
* kesukaran untuk tidur
* masalah timbulnya Varikos Vain ( urat Simpol )
Malah semakin menghampiri tarikh bersalin , adalah perkara biasa anda akan rasa lebih cemas mengenai kelahiran bayi dan bagaimana perubahan baru akan berlaku.
Apa pun yang akan anda hadapi semasa menanti kelahiran si kecil banyak persediaan yang perlu anda siapkan. Bermula dengan penjagaan kesihatan anda. Selalu bersedia untuk menghadapi perubahan diri. Senaman diri yang ringan dan pengambilan makanan sihat serta makanan tambahan seperti Vitamin yang baik amat digalakan.
Pengambilan Vitamin dan pemilihannya yang tepat amat disyorkan. Pasti anda ambil Vitamin yang natural untuk menyuburkan perkembangan janin yang sihat dan untuk mengelakan pelbagai komplikasi semasa dan selepas mengandung.
Dengan jagaan yang baik pada kesihatan anda, in shaa Allah anda akan rasa indahnya ketika mengandung apa lagi mendapat anugerah dan rahmat seorang bayi yang sihat sempurna dan comel.
Sampai disini saja penulisan saya bab persedian dan keperluan wanita mengandung. Nantikan entery saya akan datang kesinambungan kepada topik persedian wanita mengandung.
# shakleetriumph2023
#shakleenextlevelblogging
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleeputrajaya
#shakleereadystokputrajaya