Wednesday, January 6, 2010

Radikal Bebas,
ramai orang ada bertanya saya apa tu radikal bebas. Susah bagi saya nak menerangkan sesuatu yang kita tidak nampak. Selalunya saya terangkan begini. Allah yang maha pencipta menjadikan apa-apa jua benda hidup dalam alam maya ini berpasangan. dari benda yang besar hingga lah benda sekecil-kecilnya seperti sel -sel yang ada dalam tubuh badan kita. Sel yang sihat selalunya berpecah dua dan dia bergerak dua-dua rapat-rapat dengan sel-sel yang lain. Masing masing kenal pasangan masing2 .Sel-sel ini hidup dan merupakan bahan bina bagi tisu-tisu, organ, semua sistem dalam badan kita.Jika sel-sel dalam badan kita sihat dan hidup dalam harmoni, maka sudah pasti badan kita jadi sihat keseluruhannya.
Tapi ingat ada sejenis atom atau sekumpulan atom yang mempunyai elektron yang tidak berpasangan. Atom-atom ini terdapat dalam tubuh manusia. Atom-atom ini dipanggil Redical bebas sebab ia bebas bergerak dan sentiasa berlanggar dengan sel-sel sihat dan merosakannya.

Contohnya mudah aja , katakanlah kita suami isteri sedang hidup aman bahagia, tiba-tiba datang orang ketiga dalam rumahtangga kita yang rukun damai. Apa akan jadi?? tak pingan mangkok
tebang melayang? ha....macam tu la juga keadaan sel-sel dalam badan kita apabila dikacau oleh
radikal bebas. Badan yang sihat mula buat ragam. Kalau radikal bebas dibiar bermaharajalela dan tidak dapat dikawal, ianya akan menyebabkan pelbagai penyakit degeneratif seperti penuaan pramasa, katarak, penyakit jantung , kanser dan lain2.

DARI MANA TERBENTUKNYA RADIKAL BEBAS

Radikal bebas ini terbentuk dari pendedahan kepada radiasi dan kimia toksid, pencemaran udara dan air, terdedah dengan racun serangga, asap rokok, asap dari kenderaan bermoto dan kilang-kilang, bahan-bahan kimia yang ada dalam makanan,pakaian dan kosmatik kita, termasuk pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari

AWAS!!!.....bahan kimia yang ada sekeliling kita dan pencemaran udara dan air ,semua ini menambah lagi radikal bebas hingga badan tidak dapat melawannya.

No comments: