Wednesday, June 2, 2010

TRIAL PACKS




Salam semua , hari ini auntie Salwa ada buat sesuatu untuk semua kawan2 yang ingin merasa kehebatan makan makanan tambahan SHAKLEE. Package yang auntie buat ni dipanggil TRIAL PACKS. ini pun auntie belajar dari menantu auntie. Dia lah yang banyak menolong auntie memberi idea2 yang bernas ini. Walaupun auntie dah hampir 12 tahun makan shaklee tapi tak terlintas dalam fikiran macam mana nak berkongsi shaklee dengan kawan2 dengan secara mudah dan murah.


Dengan adanya package ini semua orang mampu beli. Trial Packs ini mengandungi ;
1. B Complex 30 biji
2. Vita Lea ( Multi Vitamin ) - 30 biji
3. Vita C ( 500 mg) - 30 biji
4. Alfafa -60 biji ( for detox )
Harganya hanya Rm 80. termasuk harga pos. Murah kan. Supplement ini untuk satu bulan supply. Pesanan boleh dihantar keseluruh Msia termasuk Sabah dan Sarawak.
Bagaimana hendak membeli?
a. pesanan boleh dibuat melalui email- hanasalwa@gmail.com atau telipon saya 019-3063171
b. Bayaran boleh dibuat melalui MAY BANK- akaun nomber : 164557203550 atas nama Hussain/ Salwa.



Thursday, May 27, 2010

Program kesihatan wanita

Hari ini saya ingin berkongsi tentang program kesihatan wanita. Kaum wanita sering terdedah kepada pelbagai masalah penyakit dalam melalui pelbagai peringkat kehidupan. Ia bermula dengan akhil baligh, Pra- kehamilan, kehamilan, Pra- menopos, menopos dan selepas menopos. Setiap satu proses yang dilalui itu di ikuti dengan pelbagai kepayahan, penderitaan ,ketidak selesaan dan kadang-kadang gejala ini membuat kaum wanita tidak aktif, murung, sedih, malas dan tidak sihat.
Pada puan puan, kakak2, adik2 sekiranya anda tidak tahu menyelesaikan masalah anda , jangan risau Shaklee ada menawarkan produk yang hebat untuk memenuhi keperluan wanita pada semua peringkat umur
Kebaikannya ialah- dapat membantu melegakan simptom senggugut dan menopose seperti -badan terlalu berpeluh, lekas naik marah, tidak dapat tidur,jantung berdebar2, selalu demam, kulit kering dan sebagainya.
Program ini juga dapat membuat tulang anda kuat , kulit anda cantik, masalah sakit sendi dan lutut hilang. Ia dapat mengurangkan berat badan dan mengimbangkan paras kolesterol dengan baik disamping mengekalakan tekanan darah normal dan memelihara jantung sihat.
Sekiranya anda ada migrane atau haid yang tidak menentu dan minda atau ingatan anda kurang baik, maka program ini adalah yang terbaik untuk anda . MARI KITA CUBA TANPA WAS-WAS.
barang nya adalah;
1) GLA COMPLEX - hrg member RM 73./non-member RM91.
2) OMEGA GUARD -hrg member RM109./non-member RM136.
3) OSTEMATRIX - hrg member RM 49./non-member RM 61.
sekiranya anda berminat hubungi saya, kak Salwa. hp no 019- 3063171 or email aja hanasalwa@gmail.com kalau nak beli dgn harga member pun boleh. Tak perlu nak jadi member.

Thursday, May 6, 2010

Wednesday, January 6, 2010

Radikal Bebas,
ramai orang ada bertanya saya apa tu radikal bebas. Susah bagi saya nak menerangkan sesuatu yang kita tidak nampak. Selalunya saya terangkan begini. Allah yang maha pencipta menjadikan apa-apa jua benda hidup dalam alam maya ini berpasangan. dari benda yang besar hingga lah benda sekecil-kecilnya seperti sel -sel yang ada dalam tubuh badan kita. Sel yang sihat selalunya berpecah dua dan dia bergerak dua-dua rapat-rapat dengan sel-sel yang lain. Masing masing kenal pasangan masing2 .Sel-sel ini hidup dan merupakan bahan bina bagi tisu-tisu, organ, semua sistem dalam badan kita.Jika sel-sel dalam badan kita sihat dan hidup dalam harmoni, maka sudah pasti badan kita jadi sihat keseluruhannya.
Tapi ingat ada sejenis atom atau sekumpulan atom yang mempunyai elektron yang tidak berpasangan. Atom-atom ini terdapat dalam tubuh manusia. Atom-atom ini dipanggil Redical bebas sebab ia bebas bergerak dan sentiasa berlanggar dengan sel-sel sihat dan merosakannya.

Contohnya mudah aja , katakanlah kita suami isteri sedang hidup aman bahagia, tiba-tiba datang orang ketiga dalam rumahtangga kita yang rukun damai. Apa akan jadi?? tak pingan mangkok
tebang melayang? ha....macam tu la juga keadaan sel-sel dalam badan kita apabila dikacau oleh
radikal bebas. Badan yang sihat mula buat ragam. Kalau radikal bebas dibiar bermaharajalela dan tidak dapat dikawal, ianya akan menyebabkan pelbagai penyakit degeneratif seperti penuaan pramasa, katarak, penyakit jantung , kanser dan lain2.

DARI MANA TERBENTUKNYA RADIKAL BEBAS

Radikal bebas ini terbentuk dari pendedahan kepada radiasi dan kimia toksid, pencemaran udara dan air, terdedah dengan racun serangga, asap rokok, asap dari kenderaan bermoto dan kilang-kilang, bahan-bahan kimia yang ada dalam makanan,pakaian dan kosmatik kita, termasuk pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari

AWAS!!!.....bahan kimia yang ada sekeliling kita dan pencemaran udara dan air ,semua ini menambah lagi radikal bebas hingga badan tidak dapat melawannya.