Siapakah Yang Sangat Perlu Kepada Vitamin
Ketika ini ramai masih kabur adakah ia perlu ambil vitamin( pemakanan Tambahan) dalam diet sehariannya. Anda rasa badan anda telah mendapat nutrien yang cukup dengan memakan makanan yang seimbang setiap hari. Anda tidak sakit. Kalau ditanya pada doktor, pasti doktor akan berkata anda tak perlu ambil vitamin sebab anda sudah mendapat semua zat-zat makanan dari hidangan harian anda.
tetapi ada pendapat lain mengatakan kita tidak perlu bertanya doktor sama ada kita perlu ambil pemakanan tambahan atau tidak sebab doktor sendiri tidak tahu . Doktor belajar tentang penyakit. Mereka dilatih secara pharmaceutikal untuk mengubat penyakit.Oleh itu mereka tahu ubat sahaja dan mereka tidak teragak-agak untuk memberi ubat-ubat dalam bentuk drug kepada pesakit pesakit. Bayangkanlah berapa banyak drug yang telah diambil oleh pesakit kencing manis, darah tinggi, high cholesterol, arthritis, sakit jantung , tekanan jiwa dan sebagainya. Ada pesakit berulang alik bertahun tahun ke hospital mengambil ubat, tapi sakit tak baik juga malah lain penyakit pula yang timbul.
Oleh itu orang yang tepat untuk menjawab soalan kita tadi ialah Pakar Pemakanan kerana mereka belajar tentang zat zat makanan yang baik untuk pembangunan tubuh dan kesihatan. Dengan kata lain pakar pemakanan bertugas untuk membina kesihatan , lain pula dengan doktor
yang tugasnya lawan penyakit. Ini satu senerio yang berbeza.
Walaubagaimanapun anda boleh menentukan sendiri samaada anda perlu ambil pemakanan tambahan atau tidak. Anda hanya perlu lihat senarai dibawah ini. Jika anda tergolong dalam salah satu senarai ini, ambil lah Vitamin untuk mengekal dan menjamin tahap kesihatan anda.
1) Pengidap penyakit yang tenat
2) Orang yang memelihara diet makanan
3) Orang yang terlalu banyak alahan "alergy " terhadap makanan harian
4) Kanak kanak yang sedang membesar
5) Remaja yang meningkat usia / pelajar sekolah
6) Ibu dan ibu yang hamil
7) Orang orang tua yang lanjut usia
8) Ahli sukan
9) Mereka yang terlibat dengan perkerjaan yang " stress"
10) Selepas pembedahan
11) Pekerja shift yang tidak menentu masa
12) Mereka yang mencari perlindungan kesihatan melalui pemakanan tambahan.
No comments:
Post a Comment