Memahami Elemen Kesihatan
Cuba anda bayangkan diri anda sebagai satu objek yang sistemnya mengandungi jutaan enjin enjin kecil untuk berfungsi. Sebahagian enjin tersebut berkerja secara berkumpulan, sebahagian lagi berkerja secara berdikari, semua berkerja "on call" 24 jam. Bagi menentukan enjin enjin berfungsi dengan baik, ia memerlukan minyak tertentu. jika diberi minyak dari adunan yang salah atau kurang baik, enjin enjin tadi tidak dapat berfungsi dengan kapasiti yang maximum.Apabila minyak dari grade yang bermutu rendah diberi, enjin akan berbunyi "semacam" -dengar pun tak sedap seperti keberatan bertugas dan mengakibatkan enjin kehilangan kuasa. Apabila enjin tak pula diberi minyak, -ia akan berhenti/ mati.
Untuk badan kita, minyak yang kita berikan untuk enjin tersebut datang dari makanan yang kita makan. Makanan pula mengandungi apa yang dipanggil sebagai NUTRIEN . Nutrien datang dalam bentuk -Vitamin , hydrocarbon, air , enzim, acid amino , mineral, dan lemak. Dengan bahan bahan berkenaan ia membolehkan kita terus hidup. Bahan bahan tersebut menjadi bahan asas supaya badan boleh menjalankan fungsi hariannya.
Setiap NUTRIEN berbeza dari segi bentuk, fungsi dan jumlah yang diperlukan oleh badan. Semua itu amat penting untuk keperluan badan kerana NUTRIEN berkenaan melibatkan diri dalam semua proses badan daripada melawan penyakit, repair tisu-tisu hinggalah proses pemikiran. walaupun nutrien berfungsi dalam kadar dan tahap yang berbeza tetapi matlamat utamanya adalah untuk mengekalkan kita terus hidup.
Sekiranya kita tidak memberi bahan NUTRIEN yang betul, ia akan memudaratkan badan. Badan tidak dapat berfungsi secara normal. Masalah utama kita adalah, kita tidak menyediakan bekalan NUTRIEN yang sepatut dan secukupnya dari "diet makanan kita". Meskipun anda tidak sakit, tetapi anda tidak semestinya sihat. Dalam erti kata lain, anda munkin tidak memperlihatkan sebarang tanda penyakit. Dengan memahami prinsip menyeluruh peranan nutrien serta mengetahui nutrien yang mana badan perlu, kita mampu mempertingkatkan tahap kesihatan kita. Kita wajar mengetahui vitamin dan mineral yang badan perlukan sebagai maklumat penting tentang produk, pemakanan tambahan asli dan herba yang boleh meningkatkan kesihatan.
Ramai dikalangan kita yang tidak memiliki idea tentang bagaimana untuk mengekalkan kesihatan. Apabila diserangi penyakit, kita hanya berjumpa doktor untuk mendapat rawatan. Apa yang kita gagal memahami adalah tentang kuasa pemulihan dari dalam diri sendiri. Menjadi fitrah kejadian alam bahawa badan kita telah pun disediakan kuasa ajaib sistem pertahanan
badan ( immune system ). Apa yang harus kita buat adalah dengan menjaga dengan baik kuasa pemulihan dalaman kita .
Setakat ini, mudah difaham? - Pada asasnya ia satu perkara mudah - kehidupan moden telah memesongkan kita dari landasan yang betul- dengan rangkaian makanan segera, bergantung dengan ubat-ubatan( drugs), pencemaran alam sekitar dan "high tech stress" . Manakala apabila melihat fitrah kejadian alam, ia telah disediakan untuk menjadi minyak kepada kuasa pemulihan dalaman dengan hanya memberi badan kita bahan asli agar badan boleh membaiki atau repair mana mana bahagian badan yang rosak. Sumber sumber alam semula jadi - umpamanya makanan, vitamin, galian, enzim ,asid amino dan lain lain telah direka untuk kegunaan pertumbuhan badan dan sistem pertahanan badan. Oleh kerana akibat kekurangan ilmu tentang apa yang badan kehendaki untuk kerja dengan baik, kita dapati kita gagal untuk mengimbangkan keperluan badan jestru kita mudah diserang oleh pelbagai penyakit.
Setiap individu wajar melibatkan diri secara aktif dalam usaha menentukan kesihatan kita sentiasa berada ditahap optima dengan belajar tentang nutrien dan bersedia untuk melibatkan diri dalam pemulihan secara semula jadi (natural Healing). Sikap juga memainkankan peranan penting dalam usaha untuk mengawal kesihatan dan pemulihan. Kita juga perlu berfikiran positif
supaya dapat mengekalkan kesihatan tahap optima yang diidam-idamkan.
No comments:
Post a Comment