KEHILANGAN NUTRIEN DIMANA DAN BAGAIMANA
Mari kita fikir sejenak. Betul tak kalau saya kata apa yang kita makan sekarang ini tidak memberi zat pemakanan yang cukup pada tubuh badan kita untuk menjamin kesihatan kita atau pun mempertahankan diri dari serangan penyakit ?
Memang benar sekarang ini kita tidak boleh bergantung 100% kepada makanan harian kita untuk mendapat zat yang cukup untuk tubuh badan. walaupun anda begitu teliti dengan penjagaan makanan anda, namun anda tidak dapat menahan kehilangan zat zat makanan ini dari diet anda. Cuba anda lihat senarai dibawah ini menunjukan bagaimana nutrien-nutrien boleh hilang.
SEBAB JUMLAH KEHILANGAN NILAI
MAKANAN ( % )
1. Tuaian awal sehingga 25%
2. Pengangkutan sehingga 25%
3. Penyimpanan sehingga 50%
4. Masakan sehingga 50%
5. Pembekuan sehingga 83%
6. Pemprosesan melampau sehingga 100%
7. Penghalusa ( Refining) sehingga 100%
8. Pempasteuran ( pasteurization) sehingga 50%
Contoh:
buah epal yang dipetik boleh kehilangan lebih 50% kandungan Vitamin C dalam peringkat penyimpanan. kecuali bagi musim tanaman yang singkat. tetapi kebanyakan epal yang sampai
pada kita telah lama tersimpan.
Begitu juga dengan roti-roti putih. Bahagian-bahagian daripada 24 nutrien asli dikeluarkan semasa pemprosesan tepung gandum. Dalam pembuatan roti lebih kurang 6 nutrien tiruan yang rendah mutunya ditambah oleh pengusaha roti. tetapi malangnya mereka ini tidak segan silu mengatakan roti roti mereka " diperkayakan " dalam usaha mereka untuk melariskan roti-roti mereka.
Ini adalah diantara beberapa contoh yang dapat saya ketengahkan, yang lain tu anda fikirlah sendiri.
Jadi , apa yang kita makan selama ini ???? jawapannya HAMPAS..!! Kebanyakan kita makan ikut selera dan janji kenyang. Sebab itulah saya ingin menegaskan kepada anda semua bahawa kita tidak mempunyai pilihan, kalau nak maintain badan sihat
dan tidak diganggu penyakit ambilah VITAMIN.
No comments:
Post a Comment