Tuesday, December 1, 2009

Sihat dihari tua.

Saya belum lagi bertemu dengan orang yang tidak mahu sihat. kita semua berangapan bahawa kita sihat. Jadi tak perlulah nak remeh-remeh nak memperkatakan tentang kesihatan. Tetapi apa yang benar ramai orang , doktor sekali pun kehilangan kesihatan mereka setiap hari. lihat disekeliling ramai yang sakit. tak kira peringkat umur, ramai yang mengalami pelbagai penyakit dari yang serius kepada yang kurang serius. pokoknya tak sihat. kencing manis , cholesterol tinggi, tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang, jantung, kanser, gout, lelah , hinggalah ke sakit-sakit seperti bengkak sendi,sakit urat, penglihatan kabur, kaki tanggan kebas2 ,kencing tak lawas, rambut gugur dan banyak lagi gejala penyakit yang sedikit sedikit merentap kesihatan kita. Paling menyedihkan pada waktu kini ada patient yang hanya mampu bertahan hanya menunggu hari dan masa kerana doktor dah beri kata putus yang dia tak boleh buat apa-apa lagi. Bayangkan lah kalau kita dalam senerio ini, pasti kita sanggup berkorban apa saja wang ringgit atau harta untuk mendapat kesihatan kembali. ketika ini juga kita tak soal lagi tentang ubat itu murah atau mahal. Saya yakin ramai juga dikalangan kita yang health concious tetapi mereka tak tahu bagaimana cara yang betul untuk mencapa matlamat ini. anda tak seharusnya menjadi doktor untuk menjadi sihat. Buat menjadi sesihat orang Amerika pun tak perlu sekaya mereka. Kalau sekarang anda merasa sudah tua rencanakanlah hari hari terakhir hidup anda menjadi masa terbaik dalam hidup anda. Anda mampu memilih sendiri cara untuk menjadi sihat jika anda merasa masa lalu anda tidak begitu sihat. Jangan keciwa ,anda tidak pernah terlewat untuk membanggun kembali kesihatan anda . Yakin lah setiap penyakit yang diturun Allah ada diturun bersama penawarnya. Cuma anda belum berjumpa dengan penawar itu.
Anda sendiri penentu hidup sihat,bukan orang lain. kuasa ,wang, harta dan kedudukan tidak ada ertinya jika badan merana dalam kesakitan. oleh itu pilihlah gaya hidup yang sihat supaya kita dapat kehidupan yang berkualiti di hari tua.
Baka memainkan satu per tiga saja dalam hidup kita. Selebihnya ialah cara kita menggayakan kehidupan kita untuk mendapat optimum health. Saya yakin ramai yang masih keliru dengan apa yang di katakan gaya hidup. buktinya ramai yang tak endah tentang pemakanan, janji apa yang dimakan mengenyangkan dan sedap rasanya. pengtahuan tentang nutrient pemakanan zero. juga alam sekeliling, udara yang dihirup juga tak diambil endah tentang kualitinya.Air yang diminum adakah selamat dan bermutu, merokok dan minum arak akitjuga sesuka hati, bersenam jauh sekali. jadi kalau begini yang diharapkan? Tak heranlah kita dengar ramai orang orang muda lingkongan awal 30an telah mengalami pelbagai penyakit kronik
dan sayangnya ramai yang mati sebelum ajalnya.
Saya sering berkata pada kawan kawan sakit itu mahal. Kalau tak percaya cubalah.
kalau dah ada penyakit bayangkan berapa ongkos perlu ada untuk membiayai kos perubatan. Contohnya jika anda diserang sakit jantung, kos consultation, ubat, bil hospital apatah lagi jika perlu pembedahan kosnya tentu menelan berpuluh ribu. banyak tu. Bagi orang yang berpencen,
duit pesaraan habis ketangan doktor saja. rugikan.
Sihat lebih baik dari sakit atau mencegah penyakit lebih baik dari mengobatinya. Sayangnya selagi sihat orang suka lupa diri dan tidak endah lagi menjaga kesihatan. terlalu take for granted. tetapi bila dah sakit baru menyesal, baru nak meratap dan merana.
99 percents kita dilahirkan dengan tubuh yang sihat. kita perlu mengelolakan dengan baik .ini amanah yang Allah berikan pada kita. kita perlu menjaga agar kesihatan dalam tubuh badan kita tidak menyusut kerna dengan kesihatan yang sempurna kita dapat menjalankan pelbagai aktiviti kehidupan dengan baik disamping melakukan ibadah dengan sempurna tanpa alasan.
Akhir kata kesihatan anda adalah asset anda. ingatlah bukan semua penyakit boleh diatasi oleh tangan doktor. Bila dah terlanjur jatuh sakit belum tentu boleh disembuhkan.
Oleh itu beringatlah sihat dihari tua perlu perancangan yang panjang dan berkualiti dan ia bermula sekarang bila anda masih sihat dan muda remaja.



No comments: