Thursday, December 24, 2009

SHAKLEE PRODUCT



ENERGIZING SOY PROTEIN
Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat ,sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya.Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 grm protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan lactose. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik . Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya. (GMO) dimana is disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

SIAPA PERLU PADA SOY PROTEIN INI ?

1. Orang yang ingin kekal sihat

2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.

3. Kanak-kanak bersekolah

4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak

5. pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan

6.pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik, dan lain-lain

7. Ahli sukan dan bina badan

8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat .

CARA MAKAN- 2 sudu makan di bancuh dengan satu gelas air sejuk/ suam. boleh juga dicampur dengan air jus buah-buahan.
diminum pada waktu pagi dan petang ( 2 kali sehari)

Dimana boleh didapati?- Anda boleh order melalui email saya- hanasalwa@gmail.com atau sekiranya anda berdekatan dengan SHAKLEE OFFICE , anda boleh membelinya disana dengan mengunakan I/D 388269- Salwa. Jika anda gunakan I/D saya ini ,anda dapat membelinya dengan harga ahli . Sekiranya anda ada kemuskilan hubungi saya pada hp 019 3063171.

HARGA; - RM 131.00 (harga ahli termasuk harga pos)

TAHUKAH ANDA ?
Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya yaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.













Friday, December 11, 2009

MENGAPA SHAKLEE....??

Antara banyak banyak pengeluar pemakanan tambahan ( Vitamin ) , Dr. Bruce Miller telah mengshorkan kepada kita vitamin keluaran dari syarikat pemakanan SHAKLEE adalah yang terbaik didunia. Sebab sebab nya adalah...

LATAR BELAKANG SYARIKAT YANG BAIK.
Syarikat ini merupakan perintis dalam pemakanan tambahan sejak 1915 lagi.
Syarikat ini merupakan Syarikat yang tertua, besar lagi kukuh. Ia tersenarai
dalam Bursa saham NEW YORK STOCK EXCHAGE dan juga dalam majalah
gergasi dunia FORTUNE 500 .
Shaklee Corporation juga menjadi rujukan dalam menetapkan piawaian dalam
industri ini.


MAKANAN TAMBAHAN YANG SEMULA JADI
Produk keluaran Shaklee adalah semula jadi, bukan dari bahan sintatik atau organik.
Vitaminnya cepat diserap oleh badan dan tidak mempunyai pewarna, perasa dan pengawet
tiruan.

PRODUK BERASASKAN PENYELIDIKAN
  • Lebih dari USD 180 juta dibelanjakan untuk R&D
  • Memiliki Pusat Penyelidikan sendiri -
1. Stanford Research Park
2. Hayward California
  • Penilaian semula oleh saintist , penyelidik bebas di institusi berprestij-
1. Chicago Medical School

2. Yale University

3. Stanford University

4. University of Taxes

5. University of Toronto


Lebih daripada 50 abstrak dan penyelidikan penyelidikan tentang produk Shaklee telah diterbitkan dalam journal saintifik .

UJIAN KLINIKAL- ujian ini dilakukan keatas manusia bukan binatang
SHAKLEE merupakan satu satunya syarikat yang melakukan ujian keatas semua produk-produknya. Produknya terbukti berkesan dan ini terbukti dengan kaedah sains.


PIAWAIAN KAWALAN KUALITI YANG TINGGI
  • Sebanyak 170 ujian dilakukan keatas bahan mentah.
  • Sebanyak 262 ujian kualiti dilakukan keatas produk yang telah siap.

jadi jelaslah kepada kita VITAMIN YANG BERKESAN DAN SELAMAT DIMAKAN ADALAH DARI KELUARAN

SHAKLEE

Thursday, December 10, 2009

DELIMA SEORANG PROFESSIONAL
DR BRUCE B. MILLER- adalah seorang pakar saintist bebas yang telah membuat kajian lebih daripada 3000 syarikat pemakanan tambahan di Amerika Syarikat. Mari kita lihat apa kata beliau selepas melakukan kajian beliau.

" Dalam pengalaman saya di kelinik perubatan, saya mengalami suatu dilema. Sering kali selepas saya mengshorkan beberapa vitamin kepada sesaorang pesakit , dia akan bertanya, "jenama apa yang patut saya beli?" Jawapan yang saya beri remeh dan penuh kejahilan. " Pergi beli dimana-mana farmasi atau kedai ubat, dan keluaran yang terbaik, semuanya lebih kurang sama."

Padahal , saya tahu bahawa pasti terdapat sekurang kurangnya ada satu syarikat makanan tambahan yang lebih baik dari yang lain. Kejahilan saya dan begitu juga kejahilan ramai doktor doktor lain sedikit sebanyak disebabkan kami diberi sampel-sampel secara percuma oleh syarikat pengeluaran Vitamin. Tambahan lagi , kami sarat dilanda iklan dan persembahan para jurujual dari berbagai syarikat yang semuanya begitu menyakinkan.
Saya kemudian memutuskan untuk melapangkan masa untuk menyelidiki secara mendalam syarikat-syarikat makanan tambahan ini. Saya bertujuan untuk mendapatkan fakta yang objektif dan bukan yang tersirat dalam iklan. Saya hendak mencari jawapan dan menentukan syarikat mana yang mengeluarkan makanan tambahan @ vitamin yang terbaik. Selepas itu baru saya dapat mengshorkan kepada pesakit saya dan juga kawan-kawan tanpa was-was. Penyelidikan saya ini telah mengambil masa lebih dari tiga puluh tahun.

Saya memberikan anda jawapannya terlebih dahulu. Setelah bergiat lebih dari tiga puluh tahun dalam bidang pemakanan, syarikat yang saya dapati terbaik ialah SHAKLEE CORPORATION.

Marilah kita sama-sama mencari kebenaran yang berasaskan bukti objektif yang dapat diuji, bukannya pengiklanan dan dawaan yang hebat."

Saturday, December 5, 2009

KEHILANGAN NUTRIEN DIMANA DAN BAGAIMANA

Mari kita fikir sejenak. Betul tak kalau saya kata apa yang kita makan sekarang ini tidak memberi zat pemakanan yang cukup pada tubuh badan kita untuk menjamin kesihatan kita atau pun mempertahankan diri dari serangan penyakit ?

Memang benar sekarang ini kita tidak boleh bergantung 100% kepada makanan harian kita untuk mendapat zat yang cukup untuk tubuh badan. walaupun anda begitu teliti dengan penjagaan makanan anda, namun anda tidak dapat menahan kehilangan zat zat makanan ini dari diet anda. Cuba anda lihat senarai dibawah ini menunjukan bagaimana nutrien-nutrien boleh hilang.

SEBAB JUMLAH KEHILANGAN NILAI
MAKANAN ( % )

1. Tuaian awal sehingga 25%

2. Pengangkutan sehingga 25%

3. Penyimpanan sehingga 50%

4. Masakan sehingga 50%

5. Pembekuan sehingga 83%

6. Pemprosesan melampau sehingga 100%

7. Penghalusa ( Refining) sehingga 100%

8. Pempasteuran ( pasteurization) sehingga 50%

Contoh:
buah epal yang dipetik boleh kehilangan lebih 50% kandungan Vitamin C dalam peringkat penyimpanan. kecuali bagi musim tanaman yang singkat. tetapi kebanyakan epal yang sampai
pada kita telah lama tersimpan.

Begitu juga dengan roti-roti putih. Bahagian-bahagian daripada 24 nutrien asli dikeluarkan semasa pemprosesan tepung gandum. Dalam pembuatan roti lebih kurang 6 nutrien tiruan yang rendah mutunya ditambah oleh pengusaha roti. tetapi malangnya mereka ini tidak segan silu mengatakan roti roti mereka " diperkayakan " dalam usaha mereka untuk melariskan roti-roti mereka.
Ini adalah diantara beberapa contoh yang dapat saya ketengahkan, yang lain tu anda fikirlah sendiri.
Jadi , apa yang kita makan selama ini ???? jawapannya HAMPAS..!! Kebanyakan kita makan ikut selera dan janji kenyang. Sebab itulah saya ingin menegaskan kepada anda semua bahawa kita tidak mempunyai pilihan, kalau nak maintain badan sihat
dan tidak diganggu penyakit ambilah VITAMIN.

Friday, December 4, 2009

Siapakah Yang Sangat Perlu Kepada Vitamin

Ketika ini ramai masih kabur adakah ia perlu ambil vitamin( pemakanan Tambahan) dalam diet sehariannya. Anda rasa badan anda telah mendapat nutrien yang cukup dengan memakan makanan yang seimbang setiap hari. Anda tidak sakit. Kalau ditanya pada doktor, pasti doktor akan berkata anda tak perlu ambil vitamin sebab anda sudah mendapat semua zat-zat makanan dari hidangan harian anda.

tetapi ada pendapat lain mengatakan kita tidak perlu bertanya doktor sama ada kita perlu ambil pemakanan tambahan atau tidak sebab doktor sendiri tidak tahu . Doktor belajar tentang penyakit. Mereka dilatih secara pharmaceutikal untuk mengubat penyakit.Oleh itu mereka tahu ubat sahaja dan mereka tidak teragak-agak untuk memberi ubat-ubat dalam bentuk drug kepada pesakit pesakit. Bayangkanlah berapa banyak drug yang telah diambil oleh pesakit kencing manis, darah tinggi, high cholesterol, arthritis, sakit jantung , tekanan jiwa dan sebagainya. Ada pesakit berulang alik bertahun tahun ke hospital mengambil ubat, tapi sakit tak baik juga malah lain penyakit pula yang timbul.

Oleh itu orang yang tepat untuk menjawab soalan kita tadi ialah Pakar Pemakanan kerana mereka belajar tentang zat zat makanan yang baik untuk pembangunan tubuh dan kesihatan. Dengan kata lain pakar pemakanan bertugas untuk membina kesihatan , lain pula dengan doktor
yang tugasnya lawan penyakit. Ini satu senerio yang berbeza.

Walaubagaimanapun anda boleh menentukan sendiri samaada anda perlu ambil pemakanan tambahan atau tidak. Anda hanya perlu lihat senarai dibawah ini. Jika anda tergolong dalam salah satu senarai ini, ambil lah Vitamin untuk mengekal dan menjamin tahap kesihatan anda.

1) Pengidap penyakit yang tenat

2) Orang yang memelihara diet makanan

3) Orang yang terlalu banyak alahan "alergy " terhadap makanan harian

4) Kanak kanak yang sedang membesar

5) Remaja yang meningkat usia / pelajar sekolah

6) Ibu dan ibu yang hamil

7) Orang orang tua yang lanjut usia

8) Ahli sukan

9) Mereka yang terlibat dengan perkerjaan yang " stress"

10) Selepas pembedahan

11) Pekerja shift yang tidak menentu masa

12) Mereka yang mencari perlindungan kesihatan melalui pemakanan tambahan.
Memahami Elemen Kesihatan

Cuba
anda bayangkan diri anda sebagai satu objek yang sistemnya mengandungi jutaan enjin enjin kecil untuk berfungsi. Sebahagian enjin tersebut berkerja secara berkumpulan, sebahagian lagi berkerja secara berdikari, semua berkerja "on call" 24 jam. Bagi menentukan enjin enjin berfungsi dengan baik, ia memerlukan minyak tertentu. jika diberi minyak dari adunan yang salah atau kurang baik, enjin enjin tadi tidak dapat berfungsi dengan kapasiti yang maximum.Apabila minyak dari grade yang bermutu rendah diberi, enjin akan berbunyi "semacam" -dengar pun tak sedap seperti keberatan bertugas dan mengakibatkan enjin kehilangan kuasa. Apabila enjin tak pula diberi minyak, -ia akan berhenti/ mati.

Untuk badan kita, minyak yang kita berikan untuk enjin tersebut datang dari makanan yang kita makan. Maka
nan pula mengandungi apa yang dipanggil sebagai NUTRIEN . Nutrien datang dalam bentuk -Vitamin , hydrocarbon, air , enzim, acid amino , mineral, dan lemak. Dengan bahan bahan berkenaan ia membolehkan kita terus hidup. Bahan bahan tersebut menjadi bahan asas supaya badan boleh menjalankan fungsi hariannya.

Setiap NUTRIEN berbeza dari segi bentuk, fungsi dan jumlah yang diperlukan oleh badan. Semua itu amat penting untuk keperluan badan kerana NUTRIEN berkenaan melibatkan diri dalam semua proses badan daripada melawan penyakit, repair tisu-tisu hinggalah proses pemikiran. walaupun nutrien berfungsi dalam kadar dan tahap yang berbeza tetapi matlamat utamanya adalah untuk mengekalkan kita terus hidup.

Sekiranya kita tidak memberi bahan NUTRIEN yang betul, ia akan memudaratkan badan. Badan tidak dapat berfungsi secara normal. Masalah utama kita adalah, kita tidak menyediakan
bekalan NUTRIEN yang sepatut dan secukupnya dari "diet makanan kita". Meskipun anda tidak sakit, tetapi anda tidak semestinya sihat. Dalam erti kata lain, anda munkin tidak memperlihatkan sebarang tanda penyakit. Dengan memahami prinsip menyeluruh peranan nutrien serta mengetahui nutrien yang mana badan perlu, kita mampu mempertingkatkan tahap kesihatan kita. Kita wajar mengetahui vitamin dan mineral yang badan perlukan sebagai maklumat penting tentang produk, pemakanan tambahan asli dan herba yang boleh meningkatkan kesihatan.

Ramai dikalangan kita yang tidak memiliki idea tentang bagaimana untuk mengekalkan kesihatan. Apabila diserangi penyakit, kita hanya berjumpa doktor untuk mendapat rawatan. Apa yang kita gagal memahami adalah tentang kuasa pemulihan dari dalam diri sendiri. Menjadi fitrah kejadian alam bahawa badan kita telah pun disediakan kuasa ajaib sistem pertahanan
badan ( immune system ). Apa yang harus kita buat adalah dengan menjaga dengan baik kuasa pemulihan dalaman kita .

Setakat ini, mudah difaham? - Pada asasnya ia satu perkara mudah - kehidupan moden telah memesongkan kita dari landasan yang betul- dengan rangkaian makanan segera, bergantung dengan ubat-ubatan( drugs), pencemaran alam sekitar dan "high tech stress" . Manakala apabila melihat fitrah kejadian alam, ia telah disediakan untuk menjadi minyak kepada kuasa pemulihan dalaman dengan hanya memberi badan kita bahan asli agar badan boleh membaiki atau repair mana mana bahagian badan yang rosak. Sumber sumber alam semula jadi - umpamanya makanan, vitamin, galian, enzim ,asid amino dan lain lain telah direka untuk kegunaan pertumbuhan badan dan sistem pertahanan badan. Oleh kerana akibat kekurangan ilmu tentang apa yang badan kehendaki untuk kerja dengan baik, kita dapati kita gagal untuk mengimbangkan keperluan badan jestru kita mudah diserang oleh pelbagai penyakit.

Setiap individu wajar melibatkan diri secara aktif dalam usaha menentukan kesihatan kita sentiasa berada ditahap optima dengan belajar tentang nutrien dan bersedia untuk melibatkan diri dalam pemulihan secara semula jadi (natural Healing). Sikap juga memainkankan peranan penting dalam usaha untuk mengawal kesihatan dan pemulihan. Kita juga perlu berfikiran positif
supaya dapat mengekalkan kesihatan tahap optima yang diidam-idamkan.

Tuesday, December 1, 2009

Sihat dihari tua.

Saya belum lagi bertemu dengan orang yang tidak mahu sihat. kita semua berangapan bahawa kita sihat. Jadi tak perlulah nak remeh-remeh nak memperkatakan tentang kesihatan. Tetapi apa yang benar ramai orang , doktor sekali pun kehilangan kesihatan mereka setiap hari. lihat disekeliling ramai yang sakit. tak kira peringkat umur, ramai yang mengalami pelbagai penyakit dari yang serius kepada yang kurang serius. pokoknya tak sihat. kencing manis , cholesterol tinggi, tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang, jantung, kanser, gout, lelah , hinggalah ke sakit-sakit seperti bengkak sendi,sakit urat, penglihatan kabur, kaki tanggan kebas2 ,kencing tak lawas, rambut gugur dan banyak lagi gejala penyakit yang sedikit sedikit merentap kesihatan kita. Paling menyedihkan pada waktu kini ada patient yang hanya mampu bertahan hanya menunggu hari dan masa kerana doktor dah beri kata putus yang dia tak boleh buat apa-apa lagi. Bayangkan lah kalau kita dalam senerio ini, pasti kita sanggup berkorban apa saja wang ringgit atau harta untuk mendapat kesihatan kembali. ketika ini juga kita tak soal lagi tentang ubat itu murah atau mahal. Saya yakin ramai juga dikalangan kita yang health concious tetapi mereka tak tahu bagaimana cara yang betul untuk mencapa matlamat ini. anda tak seharusnya menjadi doktor untuk menjadi sihat. Buat menjadi sesihat orang Amerika pun tak perlu sekaya mereka. Kalau sekarang anda merasa sudah tua rencanakanlah hari hari terakhir hidup anda menjadi masa terbaik dalam hidup anda. Anda mampu memilih sendiri cara untuk menjadi sihat jika anda merasa masa lalu anda tidak begitu sihat. Jangan keciwa ,anda tidak pernah terlewat untuk membanggun kembali kesihatan anda . Yakin lah setiap penyakit yang diturun Allah ada diturun bersama penawarnya. Cuma anda belum berjumpa dengan penawar itu.
Anda sendiri penentu hidup sihat,bukan orang lain. kuasa ,wang, harta dan kedudukan tidak ada ertinya jika badan merana dalam kesakitan. oleh itu pilihlah gaya hidup yang sihat supaya kita dapat kehidupan yang berkualiti di hari tua.
Baka memainkan satu per tiga saja dalam hidup kita. Selebihnya ialah cara kita menggayakan kehidupan kita untuk mendapat optimum health. Saya yakin ramai yang masih keliru dengan apa yang di katakan gaya hidup. buktinya ramai yang tak endah tentang pemakanan, janji apa yang dimakan mengenyangkan dan sedap rasanya. pengtahuan tentang nutrient pemakanan zero. juga alam sekeliling, udara yang dihirup juga tak diambil endah tentang kualitinya.Air yang diminum adakah selamat dan bermutu, merokok dan minum arak akitjuga sesuka hati, bersenam jauh sekali. jadi kalau begini yang diharapkan? Tak heranlah kita dengar ramai orang orang muda lingkongan awal 30an telah mengalami pelbagai penyakit kronik
dan sayangnya ramai yang mati sebelum ajalnya.
Saya sering berkata pada kawan kawan sakit itu mahal. Kalau tak percaya cubalah.
kalau dah ada penyakit bayangkan berapa ongkos perlu ada untuk membiayai kos perubatan. Contohnya jika anda diserang sakit jantung, kos consultation, ubat, bil hospital apatah lagi jika perlu pembedahan kosnya tentu menelan berpuluh ribu. banyak tu. Bagi orang yang berpencen,
duit pesaraan habis ketangan doktor saja. rugikan.
Sihat lebih baik dari sakit atau mencegah penyakit lebih baik dari mengobatinya. Sayangnya selagi sihat orang suka lupa diri dan tidak endah lagi menjaga kesihatan. terlalu take for granted. tetapi bila dah sakit baru menyesal, baru nak meratap dan merana.
99 percents kita dilahirkan dengan tubuh yang sihat. kita perlu mengelolakan dengan baik .ini amanah yang Allah berikan pada kita. kita perlu menjaga agar kesihatan dalam tubuh badan kita tidak menyusut kerna dengan kesihatan yang sempurna kita dapat menjalankan pelbagai aktiviti kehidupan dengan baik disamping melakukan ibadah dengan sempurna tanpa alasan.
Akhir kata kesihatan anda adalah asset anda. ingatlah bukan semua penyakit boleh diatasi oleh tangan doktor. Bila dah terlanjur jatuh sakit belum tentu boleh disembuhkan.
Oleh itu beringatlah sihat dihari tua perlu perancangan yang panjang dan berkualiti dan ia bermula sekarang bila anda masih sihat dan muda remaja.